NGO dakwa #Bersih4 ada peruntukan RM30 juta

SETIAP kali Perhimpunan Bersih, akan ada 'Pak Lawak' muncul dengan pelbagai cerita 'dungu' untuk dipertontonkan kepada rakyat.

Kali ini 'Pak Lawak' tersebut adalah penyandang watak dungu Himpunan Bersih 3.0 sebelum ini‎. Mungkin anda masih ingat dengan nama 'Jamal' katanya tauke Sekinchan Ikan Bakar, yang sudah bangkrap.

Cerita 'dungu' yang dibawa oleh Jamal kali ini ialah — kononnya Jawatankuasa Bersih 4.0 menyediakan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk mengupah peserta berhimpun di Kuala Lumpur pada 29 hingga 30 Ogos ini.

Aku malas nak cakap banyak, kalau ada sesiapa yang hadir himpunan Bersih 4.0 nanti, dan menerima 'upah' seperti yang dikatakan oleh Jamal ini, tolong bagitahu aku. Beritahu di mana, bagaimana, dan siapa yang memberikan upah tersebut?

Sebab aku pun nak juga upah tu!

Selama ni tak pernah aku turun apa-apa himpunan dan dapat upah, aku sendiri kena berabis duit ada lah. Kecuali Himpunan Umno di kampung aku dulu. Ada aku dapat RM10, itu pun sebab aku disuruh 'miming' menyanyi lagu Umno.

‎Chow!

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan