Gelandangan diberi baju merah untuk sertai Himpunan Maruah Melayu (Video)

HIMPUNAN Maruah Melayu atau juga dikenali sebagai Himpunan Baju Merah yang berlangsung semalam, turut memperalatkan para gelandangan yang tinggal di kaki-kaki lima bandaraya Kuala Lumpur.‎

"Tuan-tuan duduk di kaki lima pun masih aman lagi kan? Kita nak 'stop' (hentikan) Himpunan Bersih...

Itulah antara dialog yang diucapkan kepada para gelandangan yang diajak ke Himpunan Maruah Melayu untuk menentang Himpunan #Bersih4.

Dalam satu rakaman video yang tersebar sehari sebelum perhimpunan itu berlangsung, ‎seorang perempuan 'dipercayai' pemimpin Umno berucap di depan para gelandangan mengajak mereka mengikutnya berarak ke Padang Merbok dalam Himpunan Maruah Melayu.

Perempuan tersebut berjanji untuk memberikan para gelandangan dengan sehelai baju t shirt merah, malah turut mengajak gelandangan yang bukan berbangsa Melayu untuk menyertai himpunan itu.

Berikut video yang dimaksudkan — Sila klik untuk menonton.


‎Sepatutnya sebagai pemimpin, para gelandangan yang tinggal di kaki-kaki lima diberi bantuan, namun pemimpin ini mengambil kesempatan mempergunakan mereka bagi memenuhi nafsu politik. Lepas selesai himpunan, selepas penat menjerit "hidup Melayu!" dan maki hamun cina, silakan kembali ke kaki lima.

Ini namanya 'desperate', teringat kata-kata Tengku Mahkota Johor,

"Kalau orang dah nak lemas, najis pun dia sanggup capai..."‎

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan