Monday

Peniagaan di Uptown Shah Alam terjejas akibat pengutip parking haram


SEBAHAGIAN peniaga-peniaga Melayu di Uptown Shah Alam, dikatakan membuat laporan ‎Polis sekitar jam 3 pagi tadi berhubung kemunculan pengutip-pengutip duit parking haram yang boleh disifatkan bagai cendawan tumbuh dan mengganggu periuk nasi mereka.

Salah seorang peniaga yang enggan namanya disebutkan‎, mendakwa jumlah kehadiran pelanggan di tempat perniagaan mereka semakin berkurangan gara-gara pengutip parking haram yang semakin berleluasa.

‎Beliau juga mendakwa, kumpulan yang terlibat melakukan aktiviti itu terdiri daripada 'gangster Melayu' lantaran itu beliau enggan namanya disiarkan kerana bimbang keselamatan tergugat.

‎Bila dapat maklumat ni, aku pun tiba-tiba terfikir, salah satu sebab aku tak suka pergi ke Uptown Shah Alam, ialah kerana terpaksa bayar parking mahal walaupun aku parking kereta depan rumah makcik aku yang terletak berdekatan.

Aku lebih suka ‎pergi berbelanja di Uptown Kota Damansara, sebab kat sana boleh parking sepanjang jalan tanpa perlu bayar parking. Dalam erti kata lain, dakwaan peniaga ini ada asasnya.‎ ‎

Dari segi kemanusiaan, pada aku tak salah kutip duit parking dengan kadar berpatutan, kemudian pelanggan dapat perkhidmatan tertentu yang memberi kebaikan.

Tapi kalau dah sampai ke tahap, menutup periuk nasi peniaga, memanglah tak patut. Aku pun malaslah nak ulas banyak, cari makan pandai-pandailah...‎

"Lu fikirlah sendiri..."‎


EmoticonEmoticon