Penyokong baju merah dihalau kerana jual baju di Stadium Titiwangsa

HARI ini Pertubuhan Silat Kebangsaan, PESAKA mengadakan pertemuan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur berikutan satu taklimat berhubung sebuah himpunan yang bakal dianjurkan oleh mereka di Dataran Merdeka pada 18 September 2015.

Tiba-tiba, sekumpulan penyokong Himpunan Maruah Melayu (juga dikenali sebagai Himpunan Baju Merah) dikatakan cuba masuk ke dalam stadium untuk menjual baju merah dan mengajak para pesilat untuk turut menyertai himpunan anjuran mereka.

Malangnya, menurut salah seorang Exco PESAKA dari negeri Johor yang hadir pada pertemuan itu, mereka telah dihalau keluar dari stadium tersebut. 

Exco tersebut turut mendakwa, tindakan Dato Jamal yang sebelum ini membawa kumpulan baju merah dan mempamerkan aksi ‎'silat merapu' di hadapan SOGO telah menimbulkan kemarahan PESAKA dan disifatkan sebagai memalukan pengamal seni bela diri silat.

Selain itu, cubaan Penganjur Himpunan Baju Merah untuk mengaitkan PESAKA dengan himpunan mereka segera ditempelak oleh Presiden PESAKA, Tan Sri Dato' Seri Ali Rustam‎ yang menegaskan bahawa PESAKA tiada kaitan dengan kumpulan Baju Merah — Malaysiakini

‎Nampaknya cubaan Dato' Jamal untuk 'menjual nama' PESAKA bagi menjayakan Himpunan Baju Merah anjurannya ternyata tidak berjaya.

‎PESAKA menggabungkan perguruan-perguruan silat seluruh Malaysia di bawah satu bumbung. Bukan semua pengamal silat adalah penyokong Umno. Jadi Dato Jamal janganlah cepat perasan PESAKA akan menyokong ‎himpunan merapu yang dianjurkannya.

Kita tidak halang Dato Jamal dan kumpulan baju merahnya mahu berhimpun untuk pertahankan Najib, dan menunjukkan bantahan kepada Himpunan #Bersih4. Nak berhimpun silakan, itu hak kamu yang termaktub dalam perlembagaan. Tapi jangan 'jual nama' pertubuhan yang tidak ada kena mengena.

"Duit dah kebas, tapi tak dapat bawa turun orang ke perhimpunan merapu‎, pandai-pandailah kau jawab kahkahkah..."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan