Saturday

Silap alamat, menteri hina rumah rakyat


‎CUBAAN Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan untuk mengutuk NGO Bersih‎ berakhir dengan kutukan warga maya terhadap dirinya sendiri apabila beliau tersalah alamat.

Abdul Rahman yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, telah memuat naik gambar sebuah rumah yang tidak diketahui sambil menyifatkan rumah tersebut sebagai Pejabat Bersih yang tidak nampak "bersih".

"And this is the office of Bersih which doesn't look like 'bersih' at all" — (Dan inilah pejabat Bersih yang mana tak nampak "bersih" langsung) tulis beliau melalui akaun twitter.

Sudahlah tersilap alamat, sempat lagi dia hina rumah rakyat yang langsung tidak ada kena mengena.‎ Menteri ini patut memohon maaf kepada pemilik rumah yang telah dihina tanpa sebab. Kami tahu, kau tu menteri, rumah kau cantik dan bersih, tandas pun barangkali boleh jadi tempat tidur yang selesa untuk rakyat bawahan. Tapi kau tiada hak menghina rumah rakyat.

"Orang macam ni pun boleh jadi menteri..."


EmoticonEmoticon