Tian Chua mohon maaf kepada orang Sabah

DALAM ucapannya di Kongres Keadilan sebentar tadi, Naib Presiden KEADILAN, YB Tian Chua sempat memohon maaf kepada orang Sabah.

Namun permohonan maaf itu bukanlah kerana akur kepada desakan Barang Naik, BN yang mahu beliau memohon maaf kepada rakyat Sabah berhubung gambar kontroversi Nurul Izzah bersama Jacel Kiram, sebaliknya beliau memohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama orang Sabah bagi menumbangkan Barisan Nasional (sebut Barang Naik).

‎Tian Chua telah dihalang untuk masuk ke Negeri Sabah sekaligus tidak dapat berkempen untuk menjatuhkan BN di sana susulan penyebaran gambar tersebut.

Bagaimana pun, cubaan Barang Naik untuk memainkan isu gambar itu menggunakan media arus perdana sekaligus menanamkan persepsi Nurul Izzah sebagai pengkhianat yang mahu menjahanamkan negara melalui kerjasama dengan pengganas nampak tidak menjadi. 

Tidak ada orang peduli pun cerita kartun itu, ini kerana isu tersebut kelihatan terlalu bodoh untuk dipercayai.‎ Nurul Izzah yang ayu dan lemah lembut, mewarisi kelembutan ibunya dengan peribadinya yang diketahui umum bersifat keibuan mahu digambarkan sebagai pengganas, macam manalah orang nak percaya?

Lainlah kalau perempuan rambut besar yang memiliki raut wajah perempuan sihir ‎tu. Tak payah cakap apa-apa pun orang ramai sudah sedia 'curiga'.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan