Kementerian Pendidikan sokong sekolah cari dana sendiri selenggara bangunan

BERIKUTAN artikel sebelum ini, kisah rungutan seorang ibu di facebook apabila pihak sekolah memohon derma kertas A4 sila klik — Sekolah derma kertas  A4, salah seorang sahabat berkongsi tentang satu keratan akhbar yang berkaitan dengan isu tersebut.

Laporan Berita Harian bertarikh 1 Ogos 2016 bertajuk — Syor sekolah cari dana sendiri disokong. 

Dalam laporan berita tersebut, Kementerian Pendidikan menyokong cadangan Noh Omar agar PIBG mewajibkan kutipan derma di semua sekolah di Selangor untuk penyelenggaraan bangunan memandangkan dana kerajaan persekutuan tidak mencukupi.

Rujuk keratan akhbar di bawah.

 

Nampaknya semakin tenat keadaan ekonomi negara, sampaikan selenggara sekolah milik penuh kerajaan pun dah ada cadangan untuk minta derma.

Cukai GST yang dikutip setiap hari dengan hasil berbilion ringgit pun masih tak cukup? 

Dahulu tiada cukai GST tak pernah kita terfikir sekolah milik penuh kerajaan akan minta derma untuk selenggara bangunan apa lagi minta derma kertas A4.

Hari ini selepas cukai GST membebankan rakyat, pelbagai subsidi dimansuhkan, kenaikkan harga barang yang melampau-lampau, lebih banyak lagi beban nampaknya nak diletak di bahu rakyat. 

Jelas sekali ada yang tak kena dengan pentadbiran negara ini. 

"Tak lama lagi PIBG kena minta derma bayar gaji guru?"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan