Murid terpaksa sedekah kertas A4 kepada sekolah untuk peperiksaan, mana peruntukan?

BETAPA teruk dan tenatnya kerajaan Malaysia hari ini. Sampaikan kertas A4 untuk kegunaan peperiksaan pelajar di sekolah pun tidak lagi dapat disediakan.

Murid-murid pula terpaksa atau dipaksa untuk 'sedekah' kertas A4 kepada sekolah. Hal ini didedahkan oleh seorang ibu melalui akaun Facebook miliknya.

Ibu tersebut, Sharifah Mohd Jahaya mendakwa dua orang anaknya meminta untuk dibelikan kertas A4 seorang satu 'rim' ketika berada di Tesco.

Apabila beliau yang kehairanan bertanya kepada anaknya apa tujuan untuk membeli begitu banyak kertas A4, anaknya mendedahkan bahawa pihak sekolah sudah tidak ada duit untuk menyediakan kertas A4 bagi kegunaan peperiksaan.


Tinjauan aku tentang perkara ini mendapati, ramai ibu bapa mengakui apa yang didedahkan oleh Sharifah Mohd Jahaya itu. Apa yang didedahkan oleh beliau ternyata benar-benar berlaku bukan rekaan untuk mencari publisiti murahan.

Jika sampai kertas A4 untuk peperiksaan pun sekolah sudah tidak mampu sediakan, ini sudah sangat melampau. Ke mana disalurkan segala peruntukan pendidikan yang diumum dalam bajet setiap tahun?

Barangkali ini merupakan petanda awal untuk kemerosotan lebih teruk terhadap ekonomi negara. 

Kerosakan yang besar dibawa oleh 1MDB ditambah dengan kemerosotan teruk hasil negara berikutan kejatuhan harga minyak dunia, kegawatan ekonomi lebih teruk dijangka menyusul.

(Pemimpin lemah + korup) + (Rakyat buta + pekak + tuli) = Negara Bangkrap



Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan