Portal Hiburan Antarabangsa gelar Rosmah 'Imelda Marcos of Malaysia'

BEG tangan kulit buaya jenama Hermes Birkin berharga USD200,000 (RM821,410) antara yang disebut oleh portal antarabangsa The Hollywood Reporter sambil menggelarkan Datin Rosmah sebagai 'Imelda Marcos of Malaysia' dalam salah satu artikel terbarunya dua hari lalu. 

Portal itu turut menyebut Datin rosmah sebagai peminat berlian dan beg tangan mewah jenama Hermes, Datin Rosmah malah dilaporkan sebagai pemilik terbesar koleksi beg tangan Hermes Birkin di atas planet.


Dalam artikel berjudul "Red Granite Co-Founder Riza Aziz's Mother Is The Imelda Marcos of Malaysia" itu, Datin Rosmah didakwa sebagai dipercayai menggunakan (dan mungkin menyalahgunakan) kuasa yang ada pada suaminya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Portal itu mendakwa, ketika mantan Presiden Singapura, Lee Kuan Yew membuat lawatan rasmi ke Malaysia pada 2009 sebaik sahaja Najib Razak memasuki pejabat, Mendiang Lee Kuan Yew telah membuat pertemuan berasingan dengan Datin Rosmah yang ketika itu menjelaskan bahawa mereka mentadbir negara sebagai satu pasukan.

Perangai Datin Rosmah Mansor yang disifatkan ramai sebagai boros dan suka bermewah-mewah terus menjadi bahan berita sensasi media antarabangsa.

Tidak cukup dengan liputan sumber berita biasa, kini portal terkenal dan berpengaruh bersifat hiburan pun turut tidak melepaskan peluang untuk melaporkan kisah boros Datin Rosmah.

Sebelum ini kita biasa dengar Tun Mahathir dan Dato' Seri Anwar Ibrahim menggelarkan Datin Rosmah sebagai Imelda Marcos sempena nama isteri kepada bekas Presiden korup Filipina yang dijatuhkan oleh rakyatnya.

Imelda Marcos terkenal seluruh dunia sebagai wanita paling boros dan gemar bermewah-mewah.

Dia turut dinobatkan sebagai ahli politik wanita paling kaya di Filipina memiliki koleksi pakaian-pakaian mahal, beribu pasang kasut mahal, pelbagai hasil seni mewah, barangan kemas selain memiliki simpanan yang banyak di dalam 'offshore bank' menggunakan nama samaran "Jane Ryan".

10 Comments

  1. Entah apa-apa sajalah Rosmah ni, satu Malaysia malu sebab dia

    hihi

    ReplyDelete
  2. kita rasa bangga kerana Malaysia mencapai taraf tertinggi global, bukan lagi local.

    ReplyDelete
  3. bongoknya puak2 ni..tak habis2 fitnah benda2 yang tak logik..selidik dulu bukan ikut saja apa akhbar yahudi tulis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kerja di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, saya sendiri pernah lihat beg Hermes Birkin milik Datin Rosmah.

      Cuma saya tak dapat pastikan sama ada ia Hermes Birkin tulen atau tidak.

      Kalau tulen anda tau sendiri harganya beratus ribu RM.

      Tapi mungkin juga beg ciplak. Tapi nak ke Datin Rosmah pakai beg Hermes ciplak beli di Petaling Street?

      Delete
  4. Bersatu,

    Kalau kita tak ada bukti, maka jangan pula bersangka buruk.

    Banyak fitnah melanda sekarang, Ingat tak satu ketika dulu, Saddam dikatakan ada WEapon of mass Destruction. Betulkah?

    Satu ketika dulu, Anwar kata dia daha da cukup ahli parlimen UMNO untuk berpaling tadah? Betulkah? Tak ke bodoh ahli parlimen UMNO yg menang secara sah dalam keputusan pilihanraya yg diiktiraf seluruh dunia JIKA mereka mahu kerasama dengan Anwar untuk jatuhkan satu kerajaan yg sah.

    Skarang kita sedar ianya penipuan. Jadi begitu juga dengan kisah Datin Rosmah ni? Betulkah?

    Atau kita akan tergolong dalam orang yg muflis di akhirat seba terpaksa cari Datin Rosmah pula untuk minta maaf.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan tuduhan kecik anak, tuduhan ini tersebar seluruh dunia, satu dunia persendakan Malaysia.

      Jika tak benar Najib dan Rosmah wajib saman semua portal berita antarabangsa yang malukan dia.

      Tapi Najib mana berani, kalau benda tak betul dah lama Najib dan Rosmah saman.

      Kenapa tak berani saman?

      Kata nak saman WSJ hari selasa, selasa bila?

      Delete
  5. Yang Hollywood Reporter ceritakan tu baru satu bag saja .. Datin RM , menurut rekod mempunyai paling kurang Sembilan (9) biji beg Hermes Birkin !

    Ngapa pula kata tuduhan palsu ?? Yang Datin RM jinjing ke situ ke sini tu bukan nya beg Hermes Birkin ke ? Kalau sapa sapa yang tak kenal dgn bag jenama tu , tolong diam !

    Dan janganlah kata beg itu beg cilok , celop atau pun palsu . Datin RM tak Rasa Malu ke jika beg itu beg palsu atau celop ?
    Yang tak 'original' hanyalah muka Datin RM je . Badan masih 'original' kot ? sebab tak ada doctor yang berani 'alter' . Najib pun bilang okey je ... dah namanya pun semacam Ratu Montel je ....

    ReplyDelete
  6. Portal tu mungkin tak siasat lebih lanjut bagaimana rosmah mampu beli. Inilah hasilnya jika kita menyimpan dari kecil, makan kangkung dan nasi goreng maslan.

    ReplyDelete
  7. Portal berita antarabangsa ni kebanyakannya mempunyai kredibiliti tersendiri. Setiap berita yang mereka keluarkan biasanya ada bukti tertentu. Lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan orang kenamaan sesebuah negara. Mereka telah bersedia untuk disaman akibat dari dari berita yang mereka keluarkan. Persoalannya adakah orang yang dilabel itu berani menyaman mereka sekiranya berita itu tidak benar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentulah tak berani, kalau berani dah lama Najib saman. Cakap je bergegar habuk pun tak ada...

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan