Siasatan bukti rasuah FAM 30 tahun dalam 'pendrive' selesai 3 hari?

PADA 19 Julai 2016 yang lalu, Tengku Mahkota Johor, TMJ muncul di muka depan akhbar tempatan menjadi bualan rakyat jelata di seluruh pelusuk negara.

Gambarnya tersenyum sambil menunjukkan sebuah 'pendrive' di tangan mendakwa rahsia besar, atau rasuah besar Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM selama 30 tahun sudah ada dalam genggaman.

Maka gegak gempita semua rakyat, terutama yang menggelarkan atau mengaku diri mereka sebagai 'bangsa Johor'. 

Mana tidaknya, siapa tak bangga bila anak raja negeri kelahiran adalah seorang pejuang rakyat, yang serius mahu melawan rasuah.

Dipendekkan cerita, entah macam mana, 'pendrive' yang digembar-gemburkan sebagai menyimpan rahsia rasuah 30 tahun FAM itu akhirnya sampai ke tangan Menteri Belia dan Sukan si Khairy Jamaluddin.

Dipendekkan lagi cerita, Khairy pun buatlah beberapa gimik, kononnya nak dedahkan kandungan 'pendrive' itu lah, rakyat perlu tahu kebenaran lah, dan beberapa lagi gimik murahan mengambil peluang sementara isu 'pendrive' masih panas, maka bolehlah KJ, 'interframe' supaya nampak macam hero rakyat.

Tiga hari lalu Khairy meneruskan lakonan wataknya sebagai pejuang keadilan lalu menyerahkan 'pendrive' rahsia besar itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM.

Hari ini, SPRM umumkan tiada sebarang unsur rasuah dalam 'pendrive' tersebut.

Amboi! Selesai macam tu je?

Bukti besar rasuah 30 tahun FAM yang digembar gemburkan TMJ berjaya disiasat tak sampai tiga hari? Berbulan TMJ jaja kisah 'pendrive' rahsia besar tak sampai 3 hari kisah itu ditamatkan SPRM?

Kau biar betul SPRM, ini kes rasuah 30 tahun tau, mestilah berkoyan-koyan dokumen dalam tu yang perlu disiasat satu persatu, takkan 3 hari dah selesai siasat?

Atau mungkin juga bukti dalam 'pendrive' tersebut hanyalah bukti ringkas? Yalah mana tahu, mungkin sekadar rakaman suara atau video individu tertentu.

Rakyat kini jadi 'confuse' tak tahu nak percaya siapa. Bila ada dua kenyataan bercanggah dengan begitu ketara, salah satu tentulah penipu, atau dua-dua penipu, dua-dua merapu.

Kerana tak mungkin dua-dua bercakap benar di dalam hal ini.

Maka eloklah kandungan 'pendrive' itu didedahkan, jika tidak bermacam spekulasi boleh ditimbulkan. Ini zaman internet, zaman maklumat hanya dihujung jari.

"Jangan sampai integriti tergadai hanya kerana sebuah pendrive."

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan