Wajah sebenar Mizan gemuk, punca silap gambar didedahkan

KELMARIN heboh cerita tentang seorang lelaki yang putus tunang akibat wajahnya disiarkan sebagai suspek dalam satu laporan berita jenayah bertajuk "Mizan Gemuk diburu" di Metro Ahad.

Lelaki malang itu turut hampir-hampir dibuang kerja selain keluarganya menerima kecaman akibat laporan itu.

(Jika anda belum baca, sila rujuk sini — Lelaki putus tunang akibat Harian Metro siarkan gambar dirinya sebagai penjenayah.)

Isu ini jadi perbincangan hangat di media sosial, rata-rata mencadangkan agar tindakan saman malu dan fitnah diambil terhadap Harian Metro.

Ramai juga yang mempersoalkan bagaimana Metro Ahad boleh tersalah gambar, sampaikan gambar orang yang tidak ada kena-mengena digunakan untuk menghiasi sebuah laporan berita jenayah yang serius?



Persoalan ini akhirnya terjawab apabila pihak polis mendedahkan wajah sebenar penjenayah yang digelar Nizam Gemuk sambil mengakui berlaku kesilapan teknikal ketika gambar suspek sebelum ini diedarkan kepada pihak media.




Dari segi logik, wartawan tentu sekali tidak turun bersama untuk pergi menangkap suspek, jadi wartawan tidak kenal bagaimana wajah Nizam Gemuk yang diburu polis, sebaliknya wartawan hanya bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh pihak polis.

Wartawan sekadar melaporkan segala kenyataan pihak polis dalam sidang media yang dibuat termasuk menerima sebarang bahan media seperti gambar, video, dokumen, dan lain-lain.

Dari laporan ini, punca fitnah yang terjadi sampai mengakibatkan seorang lelaki tidak berkaitan putus tunang, adalah kerana kesilapan pihak polis mengedarkan gambar tersebut.

Jelas ia tidak disengajakan, namun kerosakan telah berlaku dan keadilan perlu diberi kepada Ku Aminnuddin Ku Abdul Rahman yang menjadi mangsa.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan