Adik penjual nasi lemak yang viral dapat tapak niaga percuma


ADA hikmahnya bila kisah nasi lemak anak dara jadi viral di media sosial — beberapa lagi penjaja makanan turut menjadi sensasi di laman sosial Facebook dan Twitter selepas itu.

Peningkatan hasil jualan mereka turut meningkat seiring dengan populariti yang melonjak secara mendadak di internet.

Salah seorang yang turut menjadi viral di media sosial ialah adik yang meniaga di depan Maybank, Ampang — adik ini dikatakan terpaksa berhenti sekolah untuk membantu keluarga mencari rezeki bagi menampung persekolahan adik-adik yang lain.

Khabarnya selepas kisahnya menjadi viral di internet, sering kali dia pulang awal kerana nasi lemak yang dijual habis diborong orang. Dalam bab ni memang aku puji, rakyat Malaysia memang ramai yang murah dan baik hati.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini pihak Hijrah Selangor turut bertemu adik ni dan memberikan tapak serta khemah percuma kepadanya.


Tapak niaga yang dimaksudkan di Pasar Bandar Baru Ampang — jadi dapatlah dia berniaga di kawasan yang menjadi tumpuan ramai, mudah-mudahan hasil perniagaannya akan turut bertambah.

Jika anda terjumpa atau ternampak gerai adik ni, jangan lupa singgah ye. Khabarnya nasi lemak yang dijual memang 'power' maka tak hairanlah kisah dia jadi viral di internet.

Aku difahamkan Hijrah Selangor adalah program mikrokredit gagasan Menteri Besar Selangor, Dato' Azmin Ali sebagai program untuk membantu penjaja kecil Negeri Selangor.

Program dengan peruntukan RM100 juta itu memberikan pinjaman mudah dan cepat kepada penjaja dan peniaga kecil yang seringkali menghadapi masaalah untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan.

Peminjam juga berpeluang mendapatkan lebih banyak pinjaman mudah berbanding jumlah yang diterima kali pertama jika memenuhi syarat (kalau bayar cantik, bolehlah dapat lebih banyak pinjaman).

Kepada mana-mana peniaga dan penjaja kecil di Selangor, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kemudahan ini.

2 Comments

  1. Terima kasih yang membantu...hanya AlLah mampu membalas budi kalian

    ReplyDelete
  2. Kenapa Azmin tak bawak sekali borang tu pada peniaga2 lain yang kauh lebih memerlukan....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan