Friday

Bumbung sekolah terbang sejak 10 bulan lalu tidak dibaiki


PELIK tapi benar, meskipun sudah lebih 10 bulan berlalu sejak bumbung Sekolah Kebangsaan Tengkera 1, Melaka Tengah diterbangkan angin dalam satu kejadian ribut, sehingga kini ia tidak dibaikki.



Keadaan bumbung yang rosak teruk itu boleh dilihat dari bawah meskipun kerosakan itu pada aras tingkat empat. Tidak mungkin tiada orang yang perasan keadaan atap yang terlopong itu kerana ia boleh dilihat dengan jelas walaupun dari jauh.



Setiap kali hujan lebat, lantai sebuah perpustakaan yang terletak di bawah bumbung itu dilimpahi air. Selain itu 4 buah kelas turut terjejas menjadikan struktur bumbungnya semakin reput sekaligus membahayakan pelajar dan guru.



Tambah memburukkan keadaan, serpihan kayu dan bumbung yang rosak kerap jatuh ke bawah setiap kali ditiup angin.

Cuba bayangkan jika serpihan dari bumbung tingkat 4 itu terkena sesiapa yang kebetulan berada di bawah, sama ada murid, guru atau sesiapa sahajalah. Barangkali boleh membawa maut.

Aku tak faham, ke mana pergi peruntukan kerajaan untuk penyelenggaraan sekolah? Nampaknya seperti kewangan kerajaan kini sudah terlalu teruk, sampaikan bumbung sekolah rosak pun tak mahu diperbetulkan.

Rakyat bayar cukai GST berbilion ringgit setiap tahun, ke mana disalurkan wang itu kalau bumbung terlopong pun tak boleh nak betulkan?

BACA JUGA — Kementerian Pendidikan sokong sekolah cari dana sendiri selenggara sekolah

3 comments

Bukankah Noh Omar sudah kata sekolah kena buat kutipan dari ibu bapa dan PIBG untuk senggalaraan sekolah. Takkan nak harapkan duit kerajaan sahaja. Kenalah usaha sendiri.

Duit GST dan semua sabsidi semuanya digunakan membayar hutang 1MDB.
Rakyat hanya diutamakan ketika pilihanraya sahaja

Malangnya nasib rakyat Malaysia dapat kerajaan bangang


EmoticonEmoticon