Enjin jet TUDM hilang terbang sendiri tiada siapa bersalah

SATU masa dahulu kecoh kisah enjin jet TUDM hilang, ramai yang mempersoalkan bagaimana enjin jet yang 'besar gedabak' boleh hilang, lebih lucu dikatakan hanya pegawai pangkat rendah TUDM yang didakwa di mahkamah.

Kisah enjin Jet hilang ini begitu popular dalam ceramah-ceramah Pakatan Rakyat di seluruh negara. Antara pemimpin yang sering membangkitkan isu itu ialah saudara Mat Sabu sebelum Pilihanraya Umum ke 13.

Tindakan mendakwa pegawai biasa TUDM itu dikatakan tidak logik, bagaimana pegawai biasa ada kemampuan untuk memikul dan membawa keluar enjin jet yang berat dan besar tanpa dapat dikesan?


Seolah-olah prosedur keselamatan TUDM terlalu longgar, sampaikan enjin sebesar itu boleh lesap, bukan satu tapi dua. 

Akhirnya telahan itu jelas jadi kenyataan, pegawai yang didakwa di mahkamah telah dibebaskan tanpa perlu membela diri pun. 

Kesimpulannya, enjin pesawat TUDM yang hilang telah terbang sendiri tanpa ada sesiapa pun curi, tiada siapa yang bersalah. Wang rakyat beratus juta ringgit hilang begitu sahaja larut dalam tiupan angin.

4 Comments

  1. Betul-betul cerita kartun, mana pergi CCTV semua? Nampak sangat ada sesuatu yang disembunyikan

    ReplyDelete
  2. Oh malaysiaku yg banyak kes ajaib..

    ReplyDelete
  3. Kalau nak tangkap PENYAMUN PENYAMUN aku SERU SEMUA RAKYAT MALAYSIA BILA PRU 14 NANTI PANGKAH PARTI DARI PAKATAN HARAPAN.dengan KUASA YANG MEREKA ADA NANTI BOLEH LAH SUMBAT PENYAMUN2 NI DALAM PENJARA KAJANG KE SG BULOH.AKU PASTI KORANG SEMUA GERAMKAN.

    ReplyDelete
  4. Anda boleh kekalkan penyamun-penyamun itu bermewah dengan hasil rompakannya sampai ke mat, caranya ialah dengan mengundi BN pada PRU14 nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan