Harga minyak November 2016 naik walau harga minyak dunia susut

HARGA minyak bagi bulan November 2016 naik walaupun harga minyak dunia dilaporkan terus menyusut di bawah USD50 setong. Setiap jenis minyak, RON95, RON97 dan Diesel naik sebanyak 15 sen bagi setiap liter.



Harga minyak RON95 dinaikkan kepada RM1.95 seliter manakala minyak RON97 dan Diesel masing-masing dinaikkan kepada RM2.30 dan RM1.90 bagi setiap liter berkuat kuasa mulai pukul 12:01 malam ini.

Ini merupakan harga minyak tertinggi untuk tahun 2016.

Kerajaan dilapor menggunakan kaedah apungan berdasarkan harga minyak dunia dan kekuatan matawang negara bagi bulan sebelumnya untuk menetapkan harga minyak.

Warga maya ramai yang mula berkongsi gambar-gambar kesesakan yang berlaku di stesen-stesen minyak seluruh negara dipercayai akibat orang ramai mahu memenuhkan tangki minyak kenderaan mereka sebelum terpaksa membayar harga yang lebih mahal mulai tengah malam ini.

Orang ramai juga turut mempersoalkan mengapa harga minyak dinaikkan bagi bulan November 2016 sedangkan harga minyak dunia dilaporkan terus mengalami penyusutan di bawah harga USD50 setong.

BACA JUGA — Harga minyak masak naik mulai 1 November 2016

2 Comments

  1. Marilah kita ramai2 sertai himpunan bersih sebagai protes!

    ReplyDelete
  2. Kadar terberuk tukaran pada tahun 2014 RM10 dapat Thai Baht 100 kini duit kita lebih maju lagi dengan kerosotan RM10 dapat Thai Baht70, merudum bukan tiga tapi 30%. Org Thailand dah beralih tempat yang dulunya org Malaysia punya kuasa beli, kini orang Thaialnd pula yang punya kuasa beli ketas kita.Minyak dunia jatuh dan duit jatuh,orang Thai pandu masuk isi minyak kenderaan dan masih boleh dijual diThailand. Syabas Najib, dan saya sokong Najib naikkan harga seliter minyak kita RM10/seliter bagi menampung kelompangan pendapatan negara memenuhi bajet 2017 ditambah dengan GST. Kenapalah pembangkang tak cerdik? Setiap kali BN menang maka Barang Naik adalah Buat Nikmat kepada majoriti rakyat yang menyokong memenagkan BN.Baru NGantuk hilang, aku sedar x mau jadi pembangkang dah kerana kesusahan itu adalah kesenangan sebenarnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan