Machai Ali Tonggeng berpaling tadah ikut Jamal Samseng?

SELALU orang tulis tentang 'hero tak didendang' (unsung hero) kali ni aku nak tulis tentang kisah 'machai tak didendang' (unsung machai) pula. Tanpa machai siapalah Jamal Samseng dan Ali Tonggeng.

Dalam rakaman video Jamal Samseng, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar merangkap Ketua Samseng Baju Merah ketika membuat provokasi merentap banner dari salah seorang penyokong Bersih, aku tertarik dengan kemunculan salah seorang 'machai' sebelah dia.




Aku tak kenal siapa 'machai' muka ganas ni, tapi kalau dilihat sebelum ni, 'machai' ni selalu ada di sebelah Ali Tinju atau lebih dikenali sebagai Ali Tonggeng, Ketua Penari Tonggeng yang sekarang merupakan musuh ketat Jamal Samseng.




Pergaduhan Jamal dan Ali ni mula diketahui ramai selepas Ali Tonggeng buat laporan polis mendakwa Jamal Samseng ugut nak tembak dia beberapa bulan lepas.

Rujuk video — Ali Tonggeng dakwa Jamal Samseng ugut nak tembak

Aku rasa, bila ketuanya sudah bergaduh maka pengikut yang menjadi pencacai bawahan tentu sekali akan turut berpecah — sebahagian yang masih setia akan kekal bersama Ali Tonggeng, manakala sebahagian lagi akan ikut Jamal Samseng.

Barangkali beginilah hidup seorang 'machai' demi sesuap dedak, di mana ada longgokan dedak, di situlah machai-machai berkumpul. Ketua dapat limpahan dedak terus dari 'big boss' di Putrajaya, machai pula dapatlah sedikit tempias dedak.

Mungkin dedak yang ditawarkan oleh Jamal Samseng lebih tinggi sikit dari dedak yang ditawarkan oleh Ali Tonggeng, sebab itu 'machai' ni berpaling tadah.

Lagi pun, kalau ikut Ali Tonggeng, kena menari tonggeng depan rumah orang, ini kurang mencabar paling teruk pun bontot kena tendang dengan tuan rumah.

Ikut Jamal boleh jadi samseng, kacau orang, buat provokasi, buat muka ganas macam beruk dan lebih mencabar — walaupun risiko mungkin lebih tinggi, upahnya pun tentu lebih banyak.

3 Comments

  1. masih ingat Bersit kalau dibiarkan lebih mengganas....teringat beberapa tahun lalu di Kl

    ReplyDelete
  2. Hahaha hina sial jadi machai!

    ReplyDelete
  3. Haha..kalau nk tau..macai ni la yang labam biji mata kt pejabat MPS ( SEREMBAN) waktu berebut tapak niaga raahan dulu.. haha.. berkicap juga la... haha..
    A.k.A mej (b) Razali..
    Kahkah..nasib la macai..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan