Saturday

Mana bantuan RM1,000 dijanji untuk pelajar STPM Terengganu?


PELAJAR yang menjadi calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, STPM di Negeri Terengganu setiap tahun dijanjikan dengan bantuan "one off" setiap seorang sebanyak RM1,000.

Namun janji itu yang masih tidak ditunaikan kepada pelajar STPM Negeri Terengganu tahun ini menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan keluarga dan pelajar sendiri.

Salah seorang daripada keluarga pelajar STPM yang terlibat menghubungi facebook MiLo SuaM memaklumkan perkara ini.



Sedih bila dapat tahu ramai pelajar STPM yang penuh berharap dengan bantuan RM1,000 itu, hari-hari periksa akaun tapi duit tak masuk-masuk.

Namun adik-adik pelajar STPM ini akhirnya kecewa apabila guru sekolah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu sudah tiada duit untuk menunaikan janji itu.

Betapa hancur remuk hati dan harapan mereka.

Kerajaan Negeri melalui Portal Rasmi terengganu.gov.my memaklumkan sebelum ini bahawa bantuan RM1,000 kepada pelajar STPM sebagai insentif yang sudah menjadi tradisi sebagai sokongan dan galakan kepada anak-anak Terengganu yang bakal menduduki Peperiksaan STPM.

Bantuan sebanyak RM1,000 seorang diberikan kepada mereka tanpa mengambil kira faktor sosial ekonomi keluarga masing-masing.

Rujuk — terengganu.gov.my



Mana pergi peruntukan yang sepatutnya telah disediakan untuk adik-adik pelajar STPM ini?

Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman patut mencari jalan untuk tunaikan janji ini jangan buat bodoh duduk kerusi empuk MB makan gaji buta.

2 comments

Duit dah habis kena sapu dengan orang atas. Rakyat pergi mamposlah siapa suruh kau buat buku bank

ada dato lagi ke? bukan sekarang sudah jadi incik ka..hihi


EmoticonEmoticon