Anggota Polis sering dicaci maki orang awam, luahkan perasaan

ANGGOTA Polis bertugas sebagai pemandu kenderaan PDRM yang sebelum ini menghubungi facebook MiLo SuaM turut mendedahkan bahawa dirinya dan rakan-rakan setugas sering dicaci maki oleh orang awam kerana lewat tiba di lokasi kejadian.

BACA Artikel sebelum ini — Kerajaan tiada duit, Anggota Polis mengadu ditindas 'pihak atasan'

Dia mendedahkan bahawa keadaan 'Land Rover' PDRM yang dipandunya sangat teruk serta membahayakan nyawa ketika bertugas.

Keadaan brek kenderaan yang tidak berapa cengkam, ditambah dengan 'steering wheel' bergegar-gegar menyebabkan dia dan rakan-rakan setugas sering kali lewat tiba di lokasi kejadian, contohnya ketika menjalankan tugas Am menghantar mayat ke hospital.



Dakwanya lagi, perkara inilah punca dia dan rakan-rakan sering dicaci maki oleh orang awam terutama keluarga si mati akibat keadaan kenderaan yang uzur menjejaskan kecekapan tugas.

Dia bimbang, jika memandu laju dengan keadaan kenderaan yang uzur seperti itu mungkin akan menyebabkan rakan setugas lain pula terpaksa menghantarnya ke hospital (selepas jadi mayat).

Menurutnya lagi, kerajaan sudah tiada wang untuk selenggara kenderaan Polis, apa lagi meminta kenderaan baru untuk kebaikan bersama.

"Apakan daya, jet Jibby (Najib Razak) sahaja yang baru, Landrover buruk jugalah yang kami kena pakai," luahnya kepada admin Facebook MiLo SuaM.

Anggota Polis yang meminta identitinya tidak didedahkan itu juga berharap jika perkara ini boleh diketengahkan, dibawa ke parlimen.

Dia turut meluahkan rasa simpati kepada anggota polis lama yang sudah banyak berjasa namun terpaksa juga gunakan kenderaan yang dah nak runtuh ditambah dengan rasa panas ketika dipandu.

Dari sini dapat kita lihat, semua lapisan masyarakat terbeban dan menjadi mangsa akibat kegagalan pentadbiran Najib Razak. Duit cukai GST nampaknya bukan diguna untuk senangkan rakyat tapi tambah beban lagi.

Hanya machai dan pengampu Najib sahaja yang masih gembira dengan keadaan negara hari ini. Machai ni memang bodoh, kalau mati pun mayat dia senyum.

1 Comments

  1. Macai senang je jawabnya nanti: FITNAH

    Mcm ni kita tukar saja kerajaan. Beri peluang kpd org lain perintah. Klu dia pun serupa juga perangai, insyaAllah 5 tahun kemudian kita tukar kerajaan lagi. Susah sangat ka?

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan