Bomba Palestin bantu padam kebakaran besar di jajahan Israel

KEBAKARAN besar yang tiba-tiba berlaku di negara haram Israel menjadikan negara itu huru-harta, banyak penempatan kediaman dan perniagaan musnah. Sumber berita tempatan Israel melaporkan sudah lebih 60,000 penduduk Haifa dipindahkan dan jumlah itu semakin meningkat dengan keadaan angin kencang yang memburukkan keadaan — timesofisrael.com


Israel dilaporkan terpaksa meminta bantuan negara luar untuk memadamkan api termasuk Cyprus, Greece, Russia dan Turki, malah meskipun berpuluh tahun dizalimi, pihak bomba Palestin turut sama-sama membantu memadamkan api yang marak di kawasan jajahan Israel di Haifa.


Tinjauan aku di media sosial mendapati orang ramai bersyukur dengan bala yang menimpa negara itu yang dikatakan berlaku selepas mereka cuba meluluskan undang-undang mengharamkan suara azan dilaungkan di kawasan penempatan umat Islam Palestin yang dilaporkan pada 19 November lalu — presstv.ir



Aku terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh pihak bomba Palestin, walaupun mereka dijajah dan dizalimi berpuluh tahun, malah yang terbaru hak mereka untuk beribadah cuba diragut melalui undang-undang yang mahu mengharamkan azan, namun sifat kemanusiaan tidak luntur di hati-hati mereka.

Di kala sebahagian masyarakat dunia bergembira terhadap bala yang menimpa Israel, pihak yang dizalimi iaitu rakyat Paleatin sendiri mampu melupakan kezaliman yang ditanggung, turut sama bantu memadamkan kebakaran.

"Bagai pohon rendang berbuah lebat, walau dibaling dengan batu, masih membalas dengan buah yang manis dan ranum,"

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan