Dokumen skandal seks Muhyiddin Yassin diserah kepada Majlis Agama Islam Johor

DOKUMEN kononnya berkaitan skandal seks bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan seorang wanita bukan Islam dilaporkan telah diserah kepada Majlis Agama Islam Johor, MAIJ oleh sebuah NGO Jaringan Melayu Malaysia, JMM — sebuah NGO penjilat Najib.


Presidennya Azwandin Hamzah membuat laporan meminta MAIJ menjalankan siasatan susulan pengakuan bersumpah Standley Clement Augustin dalam kes penceraiannya dengan Nika Ghee Siew Yee di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Azwandin dilaporkan mendakwa, dalam akaun bersumpah sewaktu proses penceraian dibuat oleh Standly di mahkamah sebelum ini, dia secara jelas menyatakan bahawa Tan Sri Muhyiddin mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, di mana ketika itu Muhyiddin memegang jawatan Menteri Besar Johor sekitar 20 tahun yang lalu.

Azwandin turut memberi tempoh selama tujuh hari kepada MAIJ untuk menyiasat dakwaan tersebut termasuk memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, Datuk Husni Hanadzlah turut diserang dengan isu skandal seks selepas beliau mula menyerang 1MDB dan Najib.


Umno dengan seks dan lucah memang tidak dapat dipisahkan. Bagaikan aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku, bagai irama dan lagu, kalau dipisah Umno dan seks hilanglah identiti Umno.

Siapa lawan Umno, lawan Najib automatik skandal seks akan direkacipta, bersiap sedialah untuk dimalu dan diaibkan siang malam pagi petang dalam media-media kawalannya.

Kalau kita lihat sebenarnya kenyataan bersumpah Standley tak membuktikan apa-apa, jika dia mengesyaki isterinya ada hubungan dengan Tan Sri Muhyiddin, itu bukan bukti isterinya telah lakukan hubungan seks.

Jika dia mengaku secara bersumpah bahawa dia menyaksikan hubungan seks isterinya dan Tan Sri Muhyiddin, maknanya dia seorang suami yang bangang biar isteri lakukan seks dengan lelaki lain.

Dalam bahasa lebih mudah, dokumen tersebut hanyalah bukti bertaraf sampah.

13 Comments

  1. Bila korang (blogger-blogger cari makan dari Pakatan Hasutan) war war kan fitnah terhadap PAS kononya terima 'dedak' 90 juta kira ok pulak ya? Dasar blogger2 munafiq! Fitnah orang ok, bila kena batang hidung sendiri marah pulak!

    ReplyDelete
  2. Kan lebai2 Pas suruh cari 4 saksi kalau kes zina.

    Bukan kah itu termasuk dlm hudud

    He5
    Terkena taik hidung kau..

    ReplyDelete
  3. Mencegah kemungkaran atau "NAHI MUNGKAR" merupakan tuntutan AGAMA ISLAM dan yang mengaku Islam itu pula bukan kesemua nya MUKMIN kerana kalau MUKMIN si pelapor itu tidak akan membuka aib aib seorang Islam. Sesuatu yang di tegah oleh agama. Di kalangan mereka yang kamu sanjung itu banyak kemungkaran yang mereka lakukan, mengapa tidak di laporkan kepada pehak yang berotariti. Di sini jelas kelihatan rupa sebenar kamu. Biasa nya kalau Islam baka begitu lah. Hoi bedul, cerita yang kamu angkat itu pula sudah 20 tahun berlaku. Cukup kah bukti dengan akuan bersumpah sahaja? Kalau nak cari makan pun usaha kan lah dengan jalan yang halal.

    ReplyDelete
  4. dia orang dah kahwin pun buat apa kau nk kecoh kecoh lagi

    ReplyDelete
  5. aikkk dah doploh tahun baru nak bunyi.... apa citer simpan bini tu sampai skrg kau dah syak dia curang.... cer explain sikit.. bini or bekas bini??? klau bini selama ni knp sonyap

    ReplyDelete
  6. saadun tu pemakan dedak lebih tu.... pas 90juta sekarang dah heboh ade LAMPIRAN BUKTI PAS TERIMA RM10JUTA mcm TSMY ni dia just akuan sumpah mengesyaki bini dia ade hubungan dgn TSMY dan betul la blogger ni ckap jika 20tahun buat pe skrg baru nak cerai?

    cube ko pikir kalau ko tau bini ko saadon ada hbgnsulit pastu ko nak cerai skrg or tggu 20tahun

    ReplyDelete
  7. Padan muka Yidin sembab lidah bercabang dan hipokrit....Pakar henjut bini orang...kah...kah...kah

    ReplyDelete
  8. Kes 20 tahun lalu baru suami mengamuk. Bukan Islam nak cerai mesti ada sebab?

    ReplyDelete
  9. Sudah la milo suam org tak minum. Byk lg cerita seks dlm oppo yg ko tak tulis. Yg buat kes suami wanita tu bkn UMNO. Yg ko meroyan apa kes?

    ReplyDelete
  10. milo siam ni dari dulu lagi buruk akhlak. bilanya tah nak berubah

    ReplyDelete
  11. Tak sangko den perangai engko Yidin...eden ingat engko baik dan alim...ruponya musang berbulu ayam...bertaubatlah dan jangan tambah doso lai...usah le henjut bini orang lai yo!

    ReplyDelete
  12. Ngentot bini orang rupernyer ko Yidin!

    ReplyDelete
  13. pemimpin UMNO kebanyakan ada skandal dan maksiat hasil dari sumber yang haram. Dan ini digunakan oleh Najib untuk simpan video/document yang akan di upkan jika melawan UMNO. Ini ilmu takde orang lain yang ajar melainkan Tun M sendiri.

    Respek Muhyidin berani mengaku berzina dengan isteri orang semoga bertaubat nasuha. Berkahwin pun takkan menghapuskan dosa zina dengan isteri orang. Nasib baikhudud tak dilaksanakan di Malaysia kalau tak mampus kena rejam dengan batu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan