Harga minyak naik, Umno DUN Jabi beri kupon petrol percuma RM5

MUDAHNYA untuk menipu rakyat, mula-mula naikkan harga minyak, kemudian buat program berikan kupon minyak petrol percuma. Itulah kaedah yang digunakan oleh Umno DUN Jabi untuk meraih sokongan.



Parti Umno sendiri yang memerintah, mereka juga yang naikkan harga minyak, kemudian Umno juga yang kononnya beri penyelesaian beri kupon petrol percuma RM5 untuk menipu orang kampung.



Bagaikan seorang bomoh yang memasukkan racun dalam sumber air di kampungnya, kemudian dia juga yang tawarkan 'panadol' secara percuma kepada penduduk kampung yang terminum air beracun dengan syarat sanggup mengundi si bomoh untuk jadi ketua kampung.

Kupon minyak RM5 tidak menyelesaikan masaalah bagaikan orang sakit diberikan gula-gula untuk menyenangkan hatinya, bila gula-gula habis kerana cair di mulut, demam pesakit tidak sembuh malah semakin melarat ditambah pula dapat sakit gigi kerana makan gula-gula.

Kemarahan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional bukanlah semata-mata kerana kenaikan harga minyak itu sendiri, tetapi rakyat lebih marah kerana kesan harga minyak itu yang akan menaikkan lagi harga barangan kegunaan harian, berikutan kos pengangkutan yang meningkat bakal menyebabkan pengeluaran barangan jadi lebih mahal.

Kupon RM5 petrol percuma tak selesaikan masaalah. Kalau aku yang dapat kupon tu, aku lempar balik ke muka penganjur.

"Umno pandang rendah kebijaksanaan rakyat"

Sumber gambar — RMS

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan