Saturday

Kumpulan Baju Merah berarak tutup muka, bawa kayu dan buluh


ADA beberapa perkara pelik aku perhatikan di kalangan Samseng Baju Merah — kebanyakan tak berani tunjuk muka, rata-rata menutup muka agar identiti mereka tidak diketahui. Kalau ada pun yang tidak menutup muka, mereka akan cepat-cepat tutup muka bila sedar ada yang merakam atau mengambil gambar mereka.


Aku rasa mungkin kebanyakan peserta kumpulan baju merah ini berasa malu nak dedahkan diri mereka. Siapa pun akan malu bila orang tahu dia sokong Najib pemimpin rasuah. Tambah lagi datang berhimpun semata-mata nak dapat 'dedak' RM50 dan nasi bungkus, sangat memalukan.


Satu lagi perkara pelik ialah ada sebilangan besar kumpulan Baju Merah yang membawa senjata, seperti buluh dan kayu. Ramai berpendapat kayu-kayu itu akan digunakan untuk mempersembahkan aksi pukul-pukul badan macam orang gila seperti yang selalu mereka lakukan.



Buluh-buluh itu dibekalkan oleh sebuah van yang diletakkan berhampiran Bangunan Umno PWTC.


Ada juga yang kata, kayu-kayu dan buluh itu semua akan digunakan sebagai kayu bendera. 

Aku tak fikir samseng Baju Merah ini semua berani nak cari pasal dengan kumpulan Bersih yang berbaju kuning, dengan menjadikan kayu dan buluh itu sebagai senjata, kerana Kumpulan Baju kuning jumlahnya berlipat kali ganda berbanding kumpulan merah.



Tapi apa pun kita tahu mereka ni samseng, jadi tidak salah untuk berhati-hati. Aku harap semua peserta Himpunan Bersih, dapat mengambil langkah keselamatan.

3 comments

bilalah ko orang nak bergasak...boring betullah...nak tengok juga yg berani bergasak tu melayu ke cina...steadylah baju merah..kedatangan lu menyebabkan kegilaan baju kuning berkurangan...rasa tak ada kereta polis di terbalikkan sehingga sekarang...Elok baju merah yg jaga ketenteraman awam

Jgn salah faham depa jual lemang tu

Woi babi kat atas tu negara kita aman kau suka perang kenapa kau balik melancap lah babi


EmoticonEmoticon