Lagi pengikut Baju Merah mengaku dapat upah RM50

SEBELUM ini tersebar pengakuan seorang remaja perempuan mengaku dapat upah RM50 untuk sertai Himpunan Merah 2.0.

BACA — Remaja perempuan mengaku dapat RM50

Kali ini sebuah rakaman video pula disebarkan.

Dalam perbualan video berdurasi 1 minit 26 saat itu, seorang lelaki mengaku dibayar RM50 untuk ikut serta Himpunan Baju Merah yang diketuai oleh Datuk Jamal Md Yunos, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar yang popular dengan panggilan Jamal Jamban.



Dari perbualan video turut difahami bahawa upah sebenar pengikut yang sertai Himpunan Baju Merah adalah RM100 setiap seorang, namun separuh atau RM50 lagi sudah disapu oleh pihak tertentu, maka hanya RM50 yang sampai ke tangan pengikut bawahan.


Lelaki yang mengaku berasal dari Sabah namun sudah lama menetap di semenanjung itu turut mengaku tidak faham apa sebenarnya perjuangan Baju Merah. Dia hanya 'ikut-ikut saja' kerana dapat habuan RM50.

Di bawah ini video yang dimaksudkan sila klik untuk menyaksikan pengakuan tersebut.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan