Muka depan Sinar Harian 'menganjing' kebodohan Jamal Jamban

MENGANJING, itulah ayat paling sesuai kepada tajuk muka depan Akhbar Sinar Harian hari ini yang memperlekeh Datuk Jamal Yunos (Jamal Jamban) selepas hidungnya berdarah di Ampang Point semalam, katanya kena tumbuk dengan Polis.

BACA — Hidung berdarah, analisa video kejadian bongkar kebodohan Jamal

Sinar Harian meletakkan berita kejadian hidung berdarah Jamal Jamban semalam di muka depan akhbar itu dengan tajuk besar "JAMAL TAK KEBAL".


Tajuk menganjing itu dipilih difahamkan kerana tindakan Jamal Jamban sendiri yang begitu bongkak menunjukkan kekuatan diri sehari sebelum hidungnya ditumbuk dan berdarah. 

Kelmarin, Jamal telah menyebarkan rakaman aksi bagaimana dirinya langsung tidak cedera atau berasa sakit walaupun dipukul dengan kayu di bahagian belakang badan.


Kata Jamal aksi yang dipersembahkan olehnya itu untuk menunjukkan persiapan dia dan kumpulan Baju Merah bagi menentang Perhimpunan Bersih 5 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 19 Nov 2016.

Aku rasa eloklah Jamal berehat, tak payahlah berangan dan berlagak nak tunjuk kuat, itu baru sikit Allah nak beri pengajaran kepada manusia bongkak. Bersih 5 tak buat apa-apa pun kau dah cedera sendiri.

Rakyat tertekan, terhimpit dengan kos sara hidup akibat pemimpin kleptokrasi, pemimpin perompak, rakyat mahu suarakan bantahan terhadap pemimpin ini secara aman tapi kau halang.

Kau meracau tak tentu pasal, tunjuk kuat dan menyombong sendiri, tiba-tiba dapat hadiah hidung berdarah. 

Kalau masih tak mahu sedar lepas ni entah apa lagi kejadian memalukan akan berlaku pada kau. Tapi jika kau memang saja nak malukan diri dan keluarga, lantak kaulah labu...

5 Comments

  1. I just couldnt believe it, Datuk Seri kena tumbuk dgn YB Zuraidah.....pendekau jamban rupanya Dato Seri......buat malu org Sg. Besor je!

    ReplyDelete
  2. Datuk seri cukup2 la tunjukkan perangai hodoh tu....jangan buat malu kaum sendiri...sibuk cari salah orang....diri sendiri dh betul ke?

    Datuk seri jamal fikir la....kami rakyat yang di bawah ni semakin susah/tertekan sejak kenaikan haraga barang2 dan minyak...kenapa tidak saja datuk seri membela rakyat yang susah seperti kami daripada datuk seri menunjuk lagak samseng datuk demi mempertahankan pemimpin kesayangan datuk seri...imbuhan apa yang menunggu datuk seri agaknye..datuk seri jamal fikir2 kan...saya merayu datuk seri jamal fikir sedalam dalamnya..sekurangnya renungkan saudara2 atau jiran terdekat datuk seri yang hidup susah....bagaimana mereka nk teruskan kelangsungan hidup dalam keadaan ekonomi malaysia yg semakin mencabar ni...Adakah dengan cara datuk seri ni membantu mereka? kami sokong yang benar dan menolak yang dusta..

    insan jelik..

    ReplyDelete
  3. Kerajaan negeri mana yang bagi Datuk Seri kat samseng? Malu aku dengan negeri tersebut. Lagi malu mereka yang dapat gelaran Datuk Seri daripada kerajaan tu. Yang dapat Datuk Seri semua samseng rupanya.

    Melaka? Pahang? N Sembilan? Ada lagi tekaan?

    ReplyDelete
  4. akhbar harian kenapa akhbar ni pandai panggil orang bodoh akhbar harian ni pandai sangat laa

    ReplyDelete
  5. akhbar harian kenapa akhbar ni pandai panggil orang bodoh akhbar harian ni pandai sangat laa

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan