Najib Razak kantoi 'crop' gambar Riza Aziz di Facebook

SEBELUM ini Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak telah terkantoi sekali selepas memadam satu tweet yang mengandungi gambar anak tirinya berada di belakang beliau ketika turun dari jet kerajaan.

Jika anda mungkin tertinggal atau kurang faham tentang isu ini sila klik pautan di bawah.

BACA — Najib padam tweet gambar beliau bersama penerbit filem lucah

Kali ini, pentadbir halaman facebook rasmi Najib Razak pula dilihat terkantoi cuba menghilangkan wajah Riza Aziz di dalam foto dengan cara melakukan 'crop' menghilangkan atau memotong kepala Riza Aziz pada gambar tersebut.

Malangnya perkara tersebut disedari oleh orang ramai yang mengikuti facebook tersebut.



Orang ramai dilihat mengutuk tindakan pentadbir laman facebook Najib Razak yang cuba menyembunyikan gambar Riza Aziz dalam gambar tersebut.

RUJUK — Facebook Najib

Ini gambar asal sebelum di 'crop' kelihatan jelas penerbit filem penuh adengan lucah melampau, The Wolf of Wall Street berada di belakang Najib.



Apa agaknya yang terlalu sangat nak disembunyikan oleh Najib? Apa yang buat Najib kelihatan begitu terdesak dan beriya-iya sangat mahu sembunyikan kelibat anak tirinya dalam pesawat tersebut?

Sila baca juga ulasan lanjut tentang perkara ini di laman blog sahabat ASD — Kenapa pula admin FB Najib 'Crop' gambar anak tiri Najib ni?

8 Comments

  1. Kalau saya jadi Dato Seri Najib, saya pun akan buat perkara yang sama seperti dilakukan oleh beliau.

    Saya akan padam semua perkara yang jadi fitnah pembangkang. Bukankah mengelak perkara yang timbulkan fitnah itu satu tuntutan agama Islam?

    Dato Seri Najib padam gambar-gambar itu bukan kerana mahu sembunyikan sesuatu, sebaliknya beliau kesian dan tak mahu puak pembangkang ditimpa pelbagai dosa keburukan dan bencana gara-gara melakukan fitnah terhadap pemimpin yang selama ini disayangi oleh semua rakyat Malaysia kerana tekad dan denyut jantungnya tiada lain melainkan untuk berbakti kepada rakyat yang dikasihinya.

    Puak pembangkang patut bersyukur, jika Dato Seri Najib tidak padam gambar itu, semakin galak kamu melakukan fitnah, berapa banyak dosa yang harus kamu tanggung?

    Sanggupkah kamu masuk neraka semata-mata kerana gambar itu?

    Fikir-fikirkanlah...

    ReplyDelete
  2. Bodoh mu ni,Lisa. Dah mabuk ketum ke? Penyangak no.1 negara yg menjadi idola kau ya? Kau ni baik bertaubat. Asyik makan dedak haram, pastu pergi buat fitnah kat pembangkang. Insaflah wahai lisa, makan duit haram untuk buat kerja haramjadah. Daripada kau bersekongkol dgn kerajaan zalim ni, baik ko senyap je. Manalah tau kalau malaikat maut tarik nyawa ko tu malam ni, tak sempat ko nak bertaubat.

    ReplyDelete
  3. Otak Lisa yang tak boleh berfikir atau sememangnya tak ada otak? Saja tanya jangan marah, bukan fitnah tau.....

    ReplyDelete
  4. aishhhhhhh hidup lagi si lisa nih?

    ReplyDelete
  5. lisabaiduri mengaku najib pm tak berguna...hahaha

    ReplyDelete
  6. Lisa baiduri mabuk ketum.x tau hal dunia lgsung ke.msia lingkup dek najib

    ReplyDelete
  7. Lisa baiduri ni macai najib..kesian btul

    ReplyDelete
  8. ASS.. SAYA IBU DEWI INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA SIAPA TAU BISA BERMANFAAT. SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA PAK KARTABAYA ATAS BANTUANNYA MELALUI PEMASANGAN NOMER TOGEL.. SEKARANG SAYA SUDAH BISA BANGUN RUMAH DAN SAYA SUDAH PUNYA USAHA SENDIRI BERKAT BANTUAN BELIAU. DULUHNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKAN SENDIRI.KARNA ANGKA YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH DPT 589 JUTA DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL DAN KEPERCAYAAN ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SEKARANG SAYA TEMUKAN ORANG YANG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU PAK KARTABAYA JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA HUBUNGI LANSUNG PAK KARTABAYA DI NO_+62852_8092_3347_SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN. INILAH KISAH SUKSES SAYA SEBENARNYA...






    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan