Nombor telefon Rafizi disebar dalam poster promosi parti sabun lucah

NOMBOR telefon Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli disebar dalam poster Parti Sabun Lucah difahamkan untuk mengganggu beliau menjelang Himpunan Bersih 5 pada 19 November 2016.

Poster yang disebarkan seolah-olah mempromosi jualan tiket untuk ke parti sabun bogel itu meletakkan nombor telefon Rafizi sebagai salah seorang 'contact person' bernama Rifa.

Perkara itu didedahkan oleh Rafizi melalui akaun twitter miliknya. 

"Saya bukanlah Rifa di dalam iklan parti sabun bogel walaupun itu nombor saya. Tolong jangan telefon lagi nak beli tiket," tulis Rafizi.



Taktik ini biasa dilakukan oleh pihak tertentu sebagai langkah sabotaj. 

Sebelum ini aku sendiri pernah lihat bagaimana saudara Fariz Musa, yang terlibat dengan Himpunan Kita Lawan menerima panggilan bertalu-talu daripada orang ramai.

Rupa-rupanya ada pihak tertentu menggunakan kaedah 'spoofing' membuatkan seolah-olah nombor telefon Fariz menghantar mesej ugutan kepada ribuan orang di Sabah dan Sarawak.

Ribuan orang yang menerima mesej ugutan daripada nombor Fariz itu, ada yang membuat laporan polis, sebahagian menelefon kembali, ada yang ajak bergaduh, ada yang maki hamun, ada juga yang hantar mesej balasan mengugut, maki hamun dan tak kurang yang nak hantar santau.

Dua tiga hari juga Fariz terpaksa layan panggilan dan mesej yang masuk secara beetubi-tubi. Aku yang menyaksikan kejadian itu, rasa nak tergelak pun ada.

Aku difahamkan perbuatan sabotaj itu dilakukan kepada nombor Fariz kerana beliau terlibat sebagai salah seorang penganjur Himpunan Kita Lawan — Tindakan itu dilakukan untuk membuat telefonnya sentiasa 'engaged' agar sukar dihubungi sekaligus menjejaskan himpunan Kita Lawan.

Berbalik kepada sabotaj yang dilakukan terhadap nombor telefon Rafizi, nampaknya ada pihak tertentu menyangka Rafizi sebagai antara tulang belakang bagi menjayakan Himpunan Bersih 5. Maka tindakan sabotaj nombor telefon beliau diharap dapat jejaskan perjalanan Himpunan Bersih 5 pada 19 November 2016 ini.



1 Comments

  1. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
    KLIK-> http://bocorantogelsingapura59.blogspot.co.id

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan