Saturday

Padah akibat bergurau dengan pemetik api di stesen minyak (video)


SEORANG remaja secara bergurau telah menyalakan pemetik api di tangki minyak motorsikal rakannya yang sedang leka mengisi bahan api itu.

Scroll ke bawah untuk menonton video.

Tanpa disedari percikan api yang terhasil daripada pemetik api akibat gurauannya itu telah menyambar tangki minyak motorsikal tersebut sebelum api terus merebak kepada 'noozle' pam minyak.


Dalam keadaan panik, kumpulan remaja itu berusaha memadamkan api. Pekerja stesen minyak yang pada mulanya meluru untuk cuba mengambil pemadam api, membatalkan niat sejurus melihat api berjaya dipadamkan.

Video rakaman kejadian ini dikatakan diperolehi daripada Kamera Litar Tertutup, CCTV sebuah stesen minyak di Kluang Johor. Kejadian yang menjadi viral ini dikatakan berlaku pada 11 November 2016, jam 3:45 petang. 

Patutnya pekerja stesen minyak tu bagi penampar kepada budak bingai yang bergurau guna pemetik api tu. Inilah masa yang sesuai nak bagi pengajaran kepada budak bingai, perbuatan bodoh dia boleh mengancam nyawa ramai orang.


1 comments so far

Tuan stesen minyak patut report polis & saman budak2 tu. Biar diorang &
mak bapak diorang rasa kens soal siasat.


EmoticonEmoticon