Pembantu Rosmah kantoi salah guna peribahasa Cina untuk bela Najib

SEDANG aku ronda-ronda dalam facebook, terjumpa akaun milik pembantu Datin Rosmah Mansor bernama Rizal Mansor. Aku pun 'scroll' akaun facebook dia.

Aku terjumpa satu status facebook dia yang bukan main membela suami kepada boss dia berkenaan kritikan orang ramai yang mempersoalkan mengapa Najib Razak bawa anak tirinya Riza Aziz menaiki jet kerajaan semasa lawatan ke China.

Aku tak peduli sangat dengan hujah-hujah dia di dalam membela Najib Razak — sebagai pekerja tentulah dia akan bermati-matian bela suami boss dia, lantak dialah.

Cuma aku rasa lucu lihat gelagat Rizal Mansor ni yang nampak bersungguh-sungguh membela Najib sampaikan peribahasa cina dalam tulisan cina pun digunakan sebagai hujah.

Pada aku yang tak faham tulisan cina ni, pada mulanya aku rasa penggunaan peribahasa dalam tulisan cina oleh Rizal Mansor ni nampak boleh tahan menarik.



Tapi bila aku lihat di ruangan komen, ramai pengguna facebook berbangsa Cina yang sekolahkan dia. Rupanya Rizal ni memandai-mandai guna peribahasa Cina untuk pertahankan Najib sedangkan maksud yang dikaitkan langsung tak ada kena mengena.



Rizal tulis kononnya Najib memang dijemput oleh kerajaan Cina untuk datang ke negara itu bersama-sama dengan ahli keluarga sesuai seperti peribahasa Cina yang bermaksud "飲水思源" — apabila anda meminum air, fikirkanlah punca air tersebut.

""飲水思源": Peribahasa Cina ini bermakna kena mengenang budi orang yang pernah menolong kita. Dengan jelasnya tiada langsung kaitan dengan budaya membina hubungan kekeluargaan," kata Cheng See Sin salah seorang sahabat berbangsa Cina yang sekolahkan Rizal dalam ruangan komen.



Taktik berbohong guna bahasa-bahasa yang nampak macam hebat supaya orang tak faham seperti ini memang biasa digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional, BN (sebut Barang Naik).

Contohnya bila kerajaan BN nak naikkan harga minyak masak, mereka guna perkataan 'rasionalisasi subsidi' maksud mudah perkataan ini adalah tarik subsidi atau bahasa lebih jelas yang patut rakyat tahu 'rasionalisasi subsidi' bermakna harga barang naik.

Bahasa-bahasa yang tidak difahami digunakan sebab kalau guna bahasa yang mudah difahami akan buat rakyat lebih cepat marah.

BACA JUGA — Najib kantoi 'crop' gambar Riza Aziz di Facebook

10 Comments

  1. Saya tak nampak pun apa-apa kesalahan pada penggunaan peribahasa Cina oleh Pembantu Datin Paduka Rosmah Mansor. Malah penggunaan peribahasa Cina yang bermaksud 


    "Apabila anda minum air, fikirkanlah punca air tersebut" 


    oleh Rizal Mansor jauh lebih tepat dan lebih konprehensif berbanding penggunaan peribahasa tersebut yang biasa digunakan oleh orang cina sendiri. 


    "Air yang diminum", ibarat YAB Datuk Seri Najib Razak, "Punca air" pula adalah Datin Paduka Rosmah, dan anak-anaknya terutama Riza Aziz yang dipertikaikan oleh pembangkang.


    Dari mana datangnya pemimpin hebat yang memahami denyut nadi rakyat seperti YAB Datuk Seri Najib Razak jika bukan dari keluarganya yang tentu sekali mendapat kasih sayang dan didikan sempurna dari isteri tercinta Datin Paduka Rosmah Mansor.


    Dari sini kita dapat lihat betapa puak pembangkang yang terdiri daripada golongan Cina DAP ini memang terlalu bodoh. Jika bahasa mudah pun mereka tak faham, apa nak diharap mereka untuk memahami peribahasa Cina yang bersifat semiotik dan tersirat seperti ini.


    Apa yang mereka tahu, hanyalah fitnah, fitnah dan fitnah tiada lain melainkan menfitnah kerajaan Barisan Nasional setiap detik dan saat. Mahukah kita lihat negara ini diperintah oleh cina DAP yang kaki fitn

    ah seperti ini?


    Fikir-fikirkanlah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik ko lebih pakar bahsa cina dr org cina tu sendiri?ni pengampu tahap gaban ni..benda lngsung xlogik n pelik dh jd seolah olah bnda hebat dek kerana ayt2 pendedak super kahkah

      Delete
  2. Beria2 cybertroopers upahan susun ayat backup bos...sedih!

    ReplyDelete
  3. Lisa Baiduri, bila nak jalin hubungan dgn monggolia? Kesian, habis madu sepah dibom.
    Entah2 dijualnya tanah melayu kat tanah besar china tak? Cerita Bawa pelaburan ni macam meriam buluh saja......cerita je besar, hairan kenapa bawa penyamun mat riza bersama. Nak bawa keuntungan 1mdb ke china ke? Harap Najis mukhalazah beringat Di china hukuman bagi perasuah/penyeleweng ditembak sampai mampuih!

    ReplyDelete
  4. Lisa Baiduri, bila nak jalin hubungan dgn monggolia? Kesian, habis madu sepah dibom.
    Entah2 dijualnya tanah melayu kat tanah besar china tak? Cerita Bawa pelaburan ni macam meriam buluh saja......cerita je besar, hairan kenapa bawa penyamun mat riza bersama. Nak bawa keuntungan 1mdb ke china ke? Harap Najis mukhalazah beringat Di china hukuman bagi perasuah/penyeleweng ditembak sampai mampuih!

    ReplyDelete
  5. 'punca air' ialah duit rakyat la bendulll !

    apasal punca air makcik tu pulak. semua punca air adalah keringat rakyat dan Negara.

    by logic nya punca air dari lelaki la... hihihi

    ReplyDelete
  6. Ko tu yang bingai, dah bingai nak nunjuk pandai, rasionalisasi subsidi tu bukannya tarik subsidi la ngok, maksudnya subsidi bersasar, diberikan kepada yg benar2 layak, kalo gomen tarik subsidi minyak masak pun, yang packing 1 kg tu masih bersubsidi, petrol plak dlm bentuk BRIM.. kepada yang benar2 layak, yg tak layak tu toksah la menyalak.. hadap je lah, pandai la pikir alternatif nak survive.. mcm ko la, dedak tiap2 bln tuan ko tabur, nak menyalak gak pasal subsidi... x cukup ke dedak yang tuan ko bagi eh ?

    ReplyDelete
  7. Gomen nak jayakan hubungan perdagangan dan membawa balik pelaburan demi kesejahteraan negara dan rakyat melalui TPPA, pun korang memekak, hubungan dagang dengan China pun korang memekak, derma arab saudi korang memekak, dalam masa yg sama duk matekedarah duit yahudi untuk lancarkan propaganda utk tumbangkan pemerintah.. memang korang nak nengok negara ni gagal kan demi kuasa ? cam sial la korang, kalo x nak berkawan dan berdagang ngan org, gi duk dlm gua la, jadik manusia purba lah senang..

    ReplyDelete
  8. Biawak hidup Jimah tu pi sana nak cari modal utk langsaikan hutang mega negara yg hangat sekarang ni. Sbb tu dibaginya direct award projek tu. Kalau direct award..faham2 sajalah...harga kontract RM20B pun blh jadi RM60B. So... yg lebih RM40B biawak hidup ni sapu la utk kegunaannya matlamatnya.

    So..rakyat kena bersatu..menghalang projek direct award ni. Teruk nnt rakyat kena bayar.

    ReplyDelete
  9. Peribahasa tu bermaksud kita mesti mengenang budi kepada yg telah menolong kita sebelum ni.... Makahai.... Apa yg rakyat dapat selepas vote untuk puak barang naik? Kita dapat GST, kita dapat semua barang keperluan naik harga, kita dapat toll naik harga..!!!! Ini yg dikatakan mengenang budi ya??? Phuiiii Sohai Lisa Baiduri. Lu memang kaki jilat tahap max.. Atau lu dapat commission atau cyber upahan puak barang naik..Lisa Baiduri, lu dengar baik baik la ya, Cina tak pernah terlintas difikiran nak perintah Malaysia... Kita hanya nak cari lebih banyak duit. Kita hanya nak kehidupan yg senang. Tak yah risau tak Ada duit.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan