Penyokong Baju Merah doakan Datuk Jamal dibuka pintu hati (video)

TIDAK dapat dipastikan, apa sebenarnya yang sedang berlaku di Bangunan Umno, PWTC tempat penyokong Baju Merah berkumpul sebelum berarak ke Padang Merbok.

Mereka dilihat dalam rakaman video seperti sedang berdoa semoga dibukakan pintu hati Datuk Jamal untuk sertai Himpunan Baju Merah.

Aku tak pasti apa yang berlaku, salah seorang peserta Baju Merah yang mengaku sebagai Ketua Pemuda Umno, Bukit Bintang dalam doanya, terjerit-jerit memohon kepada Allah di tengah-tengah peserta himpunan Baju Merah.


Antara sebutan doanya yang boleh didengar dari rakaman video,

"Kita minta tolong, biar Datuk Jamal ada di sini, kita berdoa ramai-ramai ya Allah bukalah pintu hati, semoga ada Datuk Jamal hari ini, perhimpunan Baju Merah ya Allah, marilah Datuk Jamal kita berjoin Baju Merah, ya Allah marilah Datuk Jamal inilah saya Ketua Pemuda Umno Bukit Bintang, insya Allah kita akan bersama Datuk Jamal, amin..."



Difahamkan kebanyakan machai Baju Merah terbiar tanpa hala tuju apabila Jamal Jamban ditahan Polis di salah sebuah hotel sebelum berlangsungnya Himpunan Bersih pada 19 November 2016.

Barangkali mereka pada waktu ini mereka masih belum dapat tahu bahawa Datuk Jamal telah ditangkap lebih awal oleh pihak polis.

Ramai juga yang bertindak menanggalkan baju merah dan beredar selepas merasa malu melihat sangat sedikit jumlah kumpulan mereka yang sepatutnya berhimpun di Pandang Merbok.


1 Comments

  1. buat apa doa minta jamal hadir bila tk Nampak jamal kat situ.

    tk perlu doa.... nk cari jamal sgt senang.

    kerah semua baju merah pi cari setiap jamban public... pasti jumpa jamal tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan