Poster ugut pancung kepala Cina jika sertai Himpunan Bersih 5

POSTER berbaur ugutan terhadap peserta Himpunan Bersih 5, mula ditampal di merata tempat. Poster dengan gambar parang panjang, berdarah serta baju T Shirt Bersih 5 tanpa kepala kelihatan seperti dipancung menjadi viral di laman sosial.

Terdapat mesej ringkas bertulis "AMARAN KEPADA CINA, LU ORANG TURUN BERSIH 5 KAMI KASI 'BERSIH' KAW-KAW!" dikatakan ditampal di papan tanda jalan dan pondok telefon di kawasan tumpuan awam.


Ugutan seperti ini pernah dibuat sebelum Himpunan Bersih 4 yang lalu. Bagi aku, walaupun ugutan ini nampak serius, ia hanyalah ugutan sampah — orang kalau betul nak serang atau pancung kepala, takkan beritahu awal-awal.

Orang bodoh je beritahu jika benar dia nak menyerang. Orang berani semakin berkurang zaman sekarang ni, tak ramai yang sanggup berdepan dengan pertumpahan darah.

Pengalaman aku sendiri berdepan dengan pergaduhan antara dua pihak bersenjata, masa mula je berlagak bawa parang, bawa besi, bila mula bergaduh semua lari lintang pukang. 

Dalam ratusan yang konon siap siaga nak bertempur, akhirnya hanya 5 hingga 6 orang sahaja dari kedua-dua pihak yang benar-benar bertempur. Lain semua cabut lari.

Aku masih ingat bagaimana geng kongsi gelap Melayu (aku tak mahu sebut tapi kau orang boleh fikir) yang pada awalnya bukan main berkobar-kobar nak bertempur bersama dengan aku, tapi ketika mula pertempuran bila mereka nampak aku di barisan hadapan undur kaki setapak, mereka lari berpuluh tapak ke belakang tinggalkan aku terkontang kanting seorang diri kena baling dengan batu-batu dan besi. Mujur umur aku masih panjang tak mati kena keroyok masa tu.

Aku terpaksa bertahan seorang diri, dan elak daripada berundur walau setapak untuk jaga psikologi geng kongsi gelap Melayu ni. Sampailah 5 hingga 6 orang sahabat-sahabat yang berani datang membantu aku.

Akhirnya daripada beratus yang hadir, hanya sekitar 10 hingga 15 orang sahaja yang benar-benar bertempur. Bila pihak musuh dah mengundur dan lari ke belakang kerana cedera dan tak tahan, barulah geng kongsi gelap Melayu ni ramai-ramai kejar pihak musuh.

Sejak hari itu aku tak percaya dengan Geng Kongsi Gelap Melayu ni, dia punya sembang pokok pun boleh tumbang, kalau ugut pau orang, bolehlah sembang, tapi masa perang semua macam gampang. 

Kalau zaman nabi dulu puak-puak ni memang dah lama kena pancung pasal lari dari medan perang.

Jadi tak payah pedulilah ugutan-ugutan sampah seperti ini samseng ni semua, samseng taik kucing puak-puak Jamal Jamban juga ni. Kita hadir berhimpun secara aman, polis pun ada jaga keselamatan jadi tak perlu bimbang.

7 Comments

  1. Inilah kerja samseng tong sampah. Kalau berani, masuklah MMA.

    ReplyDelete
  2. Ini kerja samseng merah. Kalau berani, tampal poster ini kat Kedutaan PRC.

    ReplyDelete
  3. Kenapa la perlu macam nie.. Islam dah ajar... kekerasan adalah perkara paling akhir... Tak cukup vitamin punya orang..

    Entri terbaru ---> http://wacanaku2009.blogspot.my/2016/11/dunia-akhir-zaman-ramalan-semakin.html

    ReplyDelete
  4. yang tampal peserta bersih sendiri...probok bikin panas!

    ReplyDelete
  5. Teknik provokasi spt ini mereka belajar dari Yahudi utk lahirkan kebencian semata-mata. Ikut lojik kalau nak belasah orang apa pasal perlu war-warkan, bodohlah kan ...

    ReplyDelete
  6. JAMAL TLH MEMPERBODOHKAN GENG BAJU MERAH YG RATA2NYA ADALAH REMAJA..TAHUKAH KALIAN BHW YG AKAN LARI DULU @ TERLEPAS DR TINDAKAN UNDANG2 ADLH JAMBAN SBB DIA ADA PAYUNG KUAT..PARA REMAJA HARAP KAMU SEDAR PERMAINAN KOTOR KETUA KAMU..FIKIRFIKIRKANLAHHHH

    ReplyDelete
  7. Dah main acah2 dgn poster pulak dah....macam lah oarng takut...memang kerja baju merah sewel yang sanggup buang duit buat poster....macam banyak duit,,,,entah2 tak pernah bersedekah pun ....tengok muka satu2 macam pelahap...bukan saja pemakan dedak tegar... tapi kasi bangkai pun mereka bedal

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan