Friday

Rakaman CCTV, pemilik kedai melawan ditetak berulang kali


RAKAMAN CCTV kejadian samun bersenjata yang dikatakan berlaku di Kedai Runcit Mamak, Jalan Besar Utama Kampung Melayu Majidee Johor Baru menyaksikan bagaimana pemilik kedai yang cuba melawan ditetak berulang kali oleh penjenayah.


Salah seorang daripada dua penjenayah memakai helmet bagi menyembunyikan identiti dilihat menetak pemilik kedai, manakala seorang lagi merompak duit di kaunter.


Semakin hari semakin banyak kejadian jenayah berlaku. Ini menandakan keadaan ekonomi negara ini semakin teruk. Jenayah dan ekonomi berkadar songsang — semakin teruk ekonomi negara, semakin banyak kejadian jenayah.

Rakyat yang tertekan dan terhimpit dengan kos hidup yang semakin tinggi jika tidak berfikir panjang, boleh bertindak nekad untuk melakukan jenayah bagi meneruskan tuntutan hidup (survival).


3 comments

Polis bertindaklah..kena kerap keluar meronda..jenayah dah xkenal siapa tempat masa..

Manusia dah hilang maruah akhlak susila..semua nak senang..

Manusia dah hilang maruah akhlak susila..semua nak senang..


EmoticonEmoticon