Ratusan wanita berarak ke parlimen tuntut bebaskan Maria Chin

SEBENTAR tadi ratusan wanita yang majoritinya berpakaian kuning termasuk memakai T Shirt Bersih 5, berarak ke parlimen menuntut pembebasan pengerusi Bersih, Puan Maria Chin Abdullah.

Kumpulan besar wanita itu berarak sambil menyanyi menuntut Maria dibebaskan dan menggesa Akta Sosma dimansuhkan.


Puan Maria Chin seorang ibu tunggal berusia 60 tahun ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) Sosma 2012 yang membolehkan beliau ditahan selama 28 hari tanpa bicara.

Akta Sosma ini mendapat tentangan sengit daripada pihak pembangkang semasa ia dibentangkan di parlimen pada tahun 2012. Pihak pembangkang bimbang Akta ini kelak akan disalah gunakan bagi menzalimi pihak yang tidak sependapat atau mengkritik kerajaan.

Pihak BN pula bersungguh-sungguh menyokongnya. Mereka beri jaminan Sosma hanya akan digunakan untuk menangkap pengganas. 

Hari ini kebimbangan pihak pembangkang jelas sekali terbukti berasas, seorang nenek berusia 60 tahun ditahan di bawah akta itu hanya kerana berbeza pendapat dengan kerajaan, hanya kerana menganjurkan perhimpunan yang jelas dibolehkan dalam perlembagaan.

Penahanan Maria Chin di bawah Akta Sosma satu kezaliman, salahguna kuasa dan penindasan yang jelas, nyata terang benderang seperti matahari.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan