Friday

Siapa pemimpin Malaysia yang terlibat penculikan warga asing?


TERSEBAR keratan akhbar yang melaporkan pendedahan menggemparkan oleh Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro, MNLF Prof Nur Misuari yang mendakwa ada beberapa pemimpin Malaysia terlibat dengan penculikan warga negara asing di Sipadan.


Nur Misuari mendakwa beliau mempunyai bukti terhadap dakwaannya dan mengancam akan mendedahkan identiti pemimpin yang terlibat. Di bawah ini keratan akhbar yang sedang rancak disebarkan di facebook. Aku perasan ia mula disebar sejak tengah hari tadi.


Perkataan 'pemimpin' digunakan oleh Prof Misuari membuatkan orang ramai berfikir ia tentu sekali berkaitan dengan pemimpin politik. Bila berkait dengan pemimpin politik ada dua kemungkinan, sama ada pemimpin kerajaan atau pembangkang.

Ini tuduhan berat, pada aku tak perlu kita nak buat spekulasi, tunggu sahaja masa dan ketikanya nanti pasti dalang itu akan didedahkan beserta dengan bukti-bukti mungkin gambar atau dokumen, mungkin juga video-video berkaitan.

Siapa pun dalang yang terlibat jika terbukti benar ia satu kesalahan dan pengkhianatan yang sangat besar, tak kira sama ada pemimpin pembangkang ataupun kerajaan.


"Nampaknya ada beberapa pemimpin yang sudah panas punggung"

2 comments

Orang FASIK kekal fasik jika berterusan berbohong... menghasut.. menfitnah... (Kerajaan / pembangkang)

Orang FASIK kekal fasik jika berterusan berbohong... menghasut.. menfitnah... (Kerajaan / pembangkang)


EmoticonEmoticon