Sistem ATM dan CDM BSN tergendala di hari gaji, pengguna naik angin

BANK Simpanan Nasional, BSN melalui laman facebook rasmi memaklumkan, sistem Automated Teller Machine, ATM, Cash Deposit Machine, CDM berkaitan perbankan bank itu mengalami masaalah ketidakstabilan.

Justeru para pengguna tidak dapat melakukan pengeluaran wang sejak dua hari lalu. 



Lebih malang, kejadian tersebut berlaku ketika hari gaji, malah sistem MEPS juga tidak berfungsi menyebabkan orang ramai pemegang akaun BSN naik angin kerana tidak dapat mengeluarkan wang walaupun daripada bank lain.



Berikut kenyataan BSN di laman facebook.

"Sistem ATM dan CDM kami kini mengalami gangguan ketidakstabilan. Kami sedang meneliti perkara ini dengan segera. 

Menjadi keutamaan kami untuk memastikan sistem tersebut beroperasi dengan lancar. Usaha secara menyeluruh sedang dijalankan.

Ketidakstabilan yang berulang adalah di luar jangkaan kami dan kami sangat menghargai kerjasama anda. Kami sentiasa komited untuk menyediakan akses perbankan yang mudah kepada pelanggan.

Kami menjangkakan sistem ATM akan pulih pada pukul 8 malam hari ini, Sabtu 26 November 2016. Walau bagaimanapun, kemungkinan sedikit gangguan sistem dijangkakan sehingga sistem stabil sepenuhnya.

Kami benar-benar menghargai kerjasama anda. Untuk bantuan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1300-88-1900"


Aku ada juga mendapat aduan tentang perkara ini dari salah seorang pembaca MiLo SuaM dua hari lalu.

Buat masa ini, pemegang akaun BSN dinasihatkan untuk berurusan secara terus melalui kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional, BSN yang terdekat.

4 Comments

  1. Mana2 pelanggan BSN dinasihatkan pindah dana ke akaun baru bank lain. BSO Banyak Serabut Ni.

    ReplyDelete
  2. Patotla ramai yang meroyan pasal BSN semalam.. dah bole tukar bank lain nie

    ReplyDelete
  3. Bersabarlah.
    Pergi cimb bank dan buka akaun baru di sini untuk pembayaran gaji anda. Tak payah nak pening kepala berulang2 Kali.

    Pilih perkhidmatan yg baik, tinggalkan perkhidmatan yg buruk. Biarkan yg bodo2 terus mndapatkan perkhidmatan buruk mereka.

    ReplyDelete
  4. Memalukan melayu saja. OTOH padan muka org melayu

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan