Sunday

TMJ buat video, 'troll' aksi bodoh Samseng Baju Merah


TENGKU Mahkota Johor, TMJ muncul dalam video 'troll' mempersendakan aksi bodoh kumpulan Samseng Baju Merah yang memukul-mukul diri dalam himpunan depan Pejabat Malaysiakini semalam.

Dalam video yang dimuatnaik di laman facebook Johor Southern Tigers itu, Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim muncul di hujung rakaman video selepas sekumpulan lelaki memakai T Shirt merah sambil menutup muka membuat aksi memukul-mukul badan sambil mengerang menunjukkan kekuatan.



Tengku Ismail dalam aksi santai berbaju biru pula melepaskan tujuh das tembakan seolah-olah ke arah kumpulan baju merah tersebut seramai tujuh orang dalam video itu sebagai simbolik membunuh mereka semua.



Kumpulan Samseng Baju Merah yang diketuai oleh Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos (sebut Jamal Jamban) semalam menunjukkan pelbagai aksi bodoh memukul-mukul badan dengan kayu sambil terlompat-lompat seperti meniru aksi beruk.

Dalam Video 'troll' tersebut TMJ dilihat mempersendakan tindakan dan aksi bodoh kumpulan Samseng Baju Merah. Berikut video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton.



Dalam satu kenyataan yang dikirimkan bersama video tersebut, TMJ menyatakan bahawa beliau tidak berpihak kepada sama ada baju merah atau baju kuning, sebaliknya beliau bersama Bangsa Johor yang melambangkan perpaduan.

9 comments

dah yg melompat terkinja- kinja tu mmg sebenarnya beruk, habis nak buat mcmana lg?

Samseng la konon..ramai2 dan dgn tocu boleh la..

Ha ha ha...terbaiklah tmj..

TMJ pandai ambil hati rakyat, dia tahu orang ramai semua menyampah meluat dengan baju merah, maka dia buat video troll baju merah.

Dari satu sudut nampaknya dia faham suara hati rakyat.

I really don't know what it is about his Highness la...Just makes me wanna hug him and wish him all the very best !!!

HAHA!
Tak tahan hang cangkul join sekali tu.
Terbaik TMJ.:)

Steady tmj! Hahahaaaa....

nice vid TMJ keep it up. May Allah be with ya. even if i'm not johorian but i did agree with the msg behind the video.


EmoticonEmoticon