Ketua Cawangan Umno kena pukul dengan 'anjing belaan' Najib

KETUA Cawangan Umno Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yassin dakwa dia dipukul oleh cybertrooper MyKmu, yang digelarkannya sebagai anjing yang bernaung atau mendapat upah di bawah Pejabat Perdana Menteri, PMO.

MyKmu adalah portal pro-Najib yang tugasnya tidak ada lain untuk mempertahankan Najib Nazak di internet.


Zaharin turut menyiarkan foto kejadian tersebut yang katanya kebetulan diambil oleh salah seorang yang berada di situ sebelum kejadian memukul itu berlaku.

Difahamkan kejadian pukul-memukul ini berpunca daripada kelantangan Zaharin sebelum ini yang kadang kala mengkritik perdana menteri, Najib Nazak telah membawa kepada 'peperangan' antara beliau dan gerombolan cybertrooper upahan Najib.

Lantaran itu, Zaharin bertindak mendedahkan satu persatu wajah dan identiti tentera maya upahan Najib yang dikatakan menerima bayaran atau upah atau lebih tepat dedak secara terus dari PMO.

Barangkali mereka malu apabila didedahkan sumber rezeki menyara anak bini selama ini adalah dari tugas-tugas mengampu Najib yang terkenal seluruh dunia sebagai pemimpin kleptoktrat (pemimpin perompak), maka tercetuslah perang baru dari dunia maya ke dunia nyata.

Dari maki memaki dedah mendedah di dunia maya, kini meleret kepada pukul memukul di dunia nyata pula.


Lucu juga lihat gelagat pembela-pembela Najib ni, mereka berlumba-lumba mahu dapatkan dedak dengan cara mempertahankan pemimpin korup, sampai sanggup bertindak buas. Orang tua macam Zaharin pun sanggup nak dipukul.

Apa pun aku tabik kepada Zaharin sebab dia seorang diri sahaja pun boleh jadi kucar-kacir satu batalion pembela Najib. Dari sini kita boleh faham, Zaharin ni bukan jenis makan dedak macam pihak lawannya (anjing belaan Najib), sebab itu dia bukan jenis senang dikawal, apa yang dia nak luah, nak kritik, atau nak maki ikut suka dia.

Sama-sama kita saksikan perkembangan selanjutnya episod Zaharin vs anjing-anjing Najib, adakah anjing-anjing tersebut akan berjaya dijinakkan, atau Zaharin akhirnya kecundang kena baham anjing-anjing buas itu.

#MakanPopCorn

7 Comments

  1. Harap bapak Zaharin siarkan muka si anjing tu. Kami akan cuba cari. Kurang ajar anjing ni.

    ReplyDelete
  2. Harap Zaharin sentiasa berwaspada. Dulu si Bala kena serangan jantung. Terbaru Din Turtle pulak dah arwah. Bukan kita nak menuduh sesiapa tapi dizaman yang serba canggih ni macam macam cara khianat mampu dilakukan oleh penjenayah hingga menyebabkan kematian namun kelihatan seperti kematian biasa atau pun kemalangan. Dah banyak terjadi dah..

    ReplyDelete
  3. admin mungkin jenis spesis binatang bertopeng manusia sebab bahasa yang diguna hanya layak untuk binatang..termasuk puak2nya yang membuat komen2 disini..

    ReplyDelete
  4. natang tak masuk neraka yang masuk neraka manusia
    ada manusia hidup dibumi Allah tapi nak berhukum denagn hukum manusia tarak malu
    nak beza pemimpin penyangak pun tak reti
    makan dedak hapak bnayak sangat

    ReplyDelete
  5. Anjing makan dedakkah? Bangkai adalah. Selain itu menghidu dan makan tahi pun ada.

    ReplyDelete
  6. ado yang zaharin minta tak dilayan .. tu ja sebab musababnya. bangkali permintaannya agak melampau la tu.

    ReplyDelete
  7. Sekali bergomol dgn mughallazah... baik balik samak.. hahahaa.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan