NGO bawa air sebotol ke rumah Jamal tak betul, Jamal bohong

JAMAL Yunos, Ketua Umno Sungai Besar kata dia rasa terhina bila NGO yang mahu memberi bantuan bekalan air, datang ke rumahnya tapi hanya bawa sebotol air.

Menurut Jamal Jamban, itulah punca budak-budak upahan dia mengambil tindakan menyerang dan menyimbah Ratu Naga, salah seorang yang bersama NGO dengan air longkang dan air najis.

BACASamseng serang NGO hantar bantuan air ke rumah Jamal


"Sudah 5 hari tiada air di rumah saya, jadi apa yang mereka bawa dengan sebotol air hanya nak mengejek saya, saya tahu apa yang mereka lakukan ini kerana tindak balas tentang mesej saya berikan semalam." katanya.

"Saya minta dia balik tapi tak mahu balik, sebab itulah dia dimandikan dengan air longkang dan air najis baru dia balik. Dia nak sangat merasa air longkang dan air kumbahan jadi dia kena hadaplah benda ni, kerana perbuatan beliau untuk mengejek membawa padah," tambahnya lagi.

Namun alasan Jamal untuk menyerang NGO itu sebenarnya satu penipuan terang-terangan. Sebaliknya kenderaan pacuan empat roda jenis Hilux yang menghantar bantuan air ke rumah Jamal sebenarnya membawa satu tong biru air ke rumahnya.

Di bawah ini gambar satu tong air yang ditutup dan diikat kemas (untuk mengelakan air tumpah) dalam Hilux yang mahu menghantar bantuan ke rumah Jamal. Foto ini diambil dari facebook Ratu Naga


Jamal kata rumah dia sudah 4 hari tiada air, sepatutnya dia terima sajalah bantuan air yang dihantar, lagipun di Ampang, semua rumah orang lain ada air, hanya rumah Jamal sahaja yang mengadu tiada air, maka satu tong biru air rasanya cukuplah untuk Jamal nak mandi.

2 Comments

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
    beri 4 angka [5290] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-321-606-847)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.

    ReplyDelete
  2. Kenapa jamal marah dan rasa terhina, sebab dia tau tindakan dia bertuala tu satu tindakan yang tak cerdik.
    Yang pertama sekali sebab jamal rasa terhina adalah dia tidak ikhlas dalam setiap tindakan dia wlupun kononnya dia kata tindakan protes dia bertuala tu adalah untuk rakyat. Kalau dia tak ada air dia dah ambil dah air tu. Sebagai seorang islam pun terimalah permberian org tu bukannya dihina dan disimbah dengan air najis. Dah lah tindkan tak bermoral, tak mencerminkan nilai seorang islam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan