Sunday

Peneroka akan tanggung hutang jika saham FGV jatuh


JIKA anda masih ingat sekitar tahun 2012 yang lalu, para peneroka Felda telah diberi amaran dan ingatan berkali-kali bahawa peneroka akan tanggung hutang jika saham Felda Global Venture, FGV jatuh.


Antaranya, di bawah ini keratan laporan Akhbar Suara Keadilan, bertarikh 22 Mei 2012 yang memetik kenyataan Pengarah Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, saudara Suhaimi Said tentang isu berkenaan.


Suhaimi melahirkan kebimbangannya di mana peneroka mungkin menanggung hutang pinjaman jika Saham FGV merosot

Suhaimi ketika itu turut mengingatkan tentang kisah Amanah Saham Johor, ASJ sekitar tahun 90 an dahulu, yang pada awalnya digembar-gemburkan konon nilainya dari RM1 akan naik sehingga RM5.

Namun apa yang terjadi kemudian ialah harga saham itu jatuh sehingga RM0.15 seunit mengakibatkan ramai pemegang saham gulung tikar dan diistiharkan bangkrap kerana membeli saham tersebut melalui pinjaman bank.

Ternyata hari ini segala kebimbangan ini telah menjadi kenyataan. Harga saham FGV yang pada awalnya berharga RM4.45, jatuh merudum, harganya kini hanya tinggal RM1.45.

Ramai peneroka yang merungut kerana terpaksa menanggung hutang ribuan ringgit akibat saham FGV yang jatuh merudum teruk melebihi 66 peratus.

Malah ramai yang mengadu wang Khairat Kematian peneroka yang meninggal dunia dipotong sebanyak RM3,200 untuk melangsaikan hutang saham FGV yang rugi teruk akibat penyusutan nilainya.


5 comments

Kaaaah kah kah.. Baguuuuus! Bodoh tak boleh diajar tu la dia lembu2 amno kat felda. Pasni makan biawak ngan babi hutan la gamaknya pasal boleh dapat free tak payah bayar GsT. Waris yang ada pun penagih aka mat gian.. kah kah kah. Pegi mampus la lembu2 amno kat felda. Kalau lembu2 ni merengek depan aku alamat makan penendang aku la jawabnya... kah kah kah..PADAN MUKA!

Forth Reich, jaga bahasa dan tuturkata anda. Jika anda mau peneroka berhijrah menyertai anda, tunjukkan simpati kepada mereka, bukan dendam kesumat.

padan muka org felda

Penyokong um no felda patut dihukum kerna mereka inilah yang menghalang penceremah dari Pakatan memasukki kawasan felda mereka!! Memang patut mereka ini dikeji dan dimaki kerna pecaya sangat pada najib dan um no!!

Jom arang felda ramai2 tinggal umno.. dan masuk PAS... keluar mulut rimau masuk mulut buaya..(tp kurang2 buaya pakai serban jubah, sebelum ngap dia baca dulu Allahumma baariklana .... akhir ayat).
KALAU NAK DENGAR NASIHAT LAAA YER... IKUT SDR MAZLAN ALIMAN YG BYK KHIDMAT PADa PENEROKA... Mazlan Aliman parti mana yer...?


EmoticonEmoticon