Saturday

Peniaga kena kecam jual coklat gambar Tun Mahathir di PAU2016


SEORANG peniaga mendakwa terima kecaman kerana menjual coklat yang ditampal gambar Tun Mahathir di Perhimpunan Agung Umno 2016. Siapa lagi yang kecam kalau bukan para pengampu Najib.


Bagaimana pun, menurut peniaga, Shuhaida Saadon, beliau sebenarnya mahu memperingati sejarah perdana menteri sebelum ini, dan tidak bermaksud untuk berpolitik.

"Memang kita dapat kecamanlah, kenapa jual (coklat) Dr Mahathir, tapi bagi kami kita sebenarnya memperingati sejarah, di mana kita ada enam perdana menteri dari dulu dan kini, tak ada maksud berpolitik pun," katanya.

Lagipun, bukan coklat gambar Tun Mahathir sahaja yang dijual, coklat gambar Najib pun ada. Malah coklat gambar Tun Abdullah, Tun Razak, Tun Hussin Onn dan Tengku Abdul Rahman pun ada dijual.


Tindakan pengampu Najib memang boleh difahami, mana tidaknya Presiden Umno Dato Seri Najib Nazak punyalah berapi kutuk Tun Mahathir sebagai pengkhianat Umno, tiba-tiba peniaga boleh jual coklat gambar Tun Mahathir dalam bangunan tempat mereka berhimpun.

Tentulah mengaruk semua para pengampu Najib. Kalau boleh mereka nak padam nama Tun Mahathir dari catatan sejarah sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia paling lama berkuasa.

Lucu aku lihat gelagat para pengampu Najib ni, dengan coklat pun mereka rasa takut dan sanggup nak kecam orang. Kecamlah macam mana pun, sejarah telah berlaku tak boleh dipadam.

Tun Mahathir adalah bekas perdana menteri Malaysia, manakala Najib adalah perdana menteri yang telah memalukan Malaysia ke seluruh dunia dengan pemerintahan 'kleptokrasi' (pemerintahan perompak).

1 comments so far

Dalam dewan PWTC pun ada gambar Tun M. Takkan nak buang ? Gambar Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn pun ada. Kedua mereka meninggal dunia di luar umno.

Almarhum Tunku pun melawan umno.


Kenapa tak buang ?

Setakat bungkusan coklat, lepas makan buanglah. Takkan nak simpan ?

Tidak mahu gambar Tun M, beli gambar najib.


EmoticonEmoticon