Rakaman CCTV wanita lempang 'makcik cleaner' di RNR Pagoh

SEBUAH video cctv menjadi viral di facebook merakamkan kejadian seorang wanita melempang seorang makcik tukang cuci tandas (makcik cleaner). Kejadian dikatakan berlaku pagi tadi, di Stesen Minyak BHP Hentian Rawat dan Rehat, RNR Lebuhraya Utara Selatan Pagoh, menghala ke arah selatan.

Menurut pengirim video rakaman itu, ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci tandas ditampar sekuat hati oleh seorang wanita. 


Pengirim mendakwa pada awalnya, ibunya melakukan kerja rutin ketika mencuci tandas dengan meletakkan papan tanda berwarna kuning sebagai tanda amaran bahawa tandas sedang dicuci.

Seorang wanita tetap berdegil untuk masuk walaupun ibunya sudah memberitahu bahawa tandas sedang dicuci. Wanita itu terus menggunakan tandas Orang Kelainan Upaya, OKU.

Semasa keluar dari tandas tersebut, wanita itu telah bertindak menendang papan tanda berwarna kuning yang diletakkan sebelum menampar muka ibunya (makcik cleaner) sekuat hati sambil menuduh ibunya telah menyimbah wanita itu.

Di bawah ini video rakaman kejadian tersebut. Sila klik untuk menonton.



4 Comments

  1. tak tahan nak terkuncil tu ... o'ang pompuan mmg gitu ... makcik ni tak mahu kojo berulang kali agaknya, ada makcik saya kenal tak pernah merungut .. katanya keje mcm ni kena byk bersabar dan kena cuci berulang kali.

    ReplyDelete
  2. Saman balik perempuan tuh..... duit free beb!!

    ReplyDelete
  3. Gang gang J.Jamban lah tu kut....

    ReplyDelete
  4. Kat rnr ni cleaner mmg garang2..kadang tandas ok dia org kata tengah bersihkan..org dh x tahan kut..kut betul disimbah kita x dengar citer akk yg lempang tu pulak

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan