Ringgit Malaysia jatuh paras terendah sejak krisis ekonomi 98

NILAI matawang Ringgit Malaysia, RM hari ini terus menyusut kepada RM4.48 berbanding matawang dollar Amerika, USD. Nilai itu dilaporkan sebagai nilai paling teruk sejak krisis ekonomi Asia, 1998.


Prestasi ringgit terus merudum dilaporkan berpunca daripada salah satunya, kehilangan keyakinan terhadap kedudukan kewangan negara akibat skandal 1MDB.

Aktiviti para pelabur yang secara berterusan menjual aset-aset pasaran negara membangun turut dilaporkan sebagai punca kejatuhan nilai ringgit. 

Menurut Blomberg, tindakan yang disifatkan keras oleh Bank Negara Malaysia (BNM) terhadap spekulator matawang pada bulan lalu menambah kesan buruk terhadap pengaliran keluar tersebut.

Matawang Ringgit Malaysia, RM telah menunjukkan penyusutan lebih 6 peratus sejak kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika, dilapor menjadikan RM sebagai matawang paling teruk terjejas di rantau negara membangun Asia.

1 Comments

  1. "Kita tak perlu panik, ringgit akan pulih," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani

    Cakap bukan main pandai tapi persoalannya bila ringgit akan pulih? Cakap macam ni orang ramai lagi panik dibuatnya. Semua orang tau MO1 lah punca segala masalah yg berlaku dlm ekonomi negara. Selagi MO1 tak undur selagi tulah nilai matawang negara akan terus merudum.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan