Sunday

Suami takut masuk neraka jika tak berjuang dan berkorban untuk PAS


PUAN Asiah Abd Jalil menulis di laman facebook mendakwa dia dan suami mungkin terpaksa memilih talaq (bercerai) sebagai jalan keluar kepada kemelut yang melanda rumahtangganya.


Ini gara-gara suaminya yang didakwa takut masuk neraka kalau tidak berjuang dan berkorban untuk PAS, sedangkan dirinya pula bimbang masuk neraka kerana tak mampu untuk taat kepada suaminya yang digelar sebagai walaun parti syurga.

Status ini menjadi viral di laman sosial mengundang pelbagai ulasan dan pendapat orang ramai.


"Encik suami takut masuk neraka kalau dia tak berjuang dan berkorban untuk PAS.

Saya takut masuk neraka sebab tak mampu nak taat pada seorang suami walaun parti syurga.

Ada sesiapa boleh recommend kaunselor rumah tangga untuk kami? Sebelum kami memilih talaq sebagai jalan keluar.

Mohd Hatta Bin Saadon," tulis Asiah yang turut menyertakan (tag) nama suaminya dalam kiriman itu.

Dari tulisan ini dapat aku simpulkan bahawa suami Puan Asiah adalah penyokong tegar PAS, sampaikan dia percaya bahawa jika tidak berjuang dan berkorban untuk PAS boleh menyebabkan dia masuk neraka.

Manakala Puan Asiah pada aku adalah seorang isteri yang baik yang faham tentang Islam, namun bukan seorang pentaksub politik kepartian atau mudahnya bukan seorang penyokong tegar PAS.

PAS itu adalah parti politik, yang ditadbir oleh pemimpin politik (juga ada yang digelar ulama) yang sentiasa melakukan dosa dan kesilapan kerana mereka adalah manusia biasa, bukan nabi ataupun malaikat. Maka pemimpin ini jauh dari sifat maksum (tidak melakukan dosa).

Kamu nak sokong PAS sokonglah, nak sokong Amanah pun sokonglah atau kau nak sokong parti apa sekalipun, niat, perbuatan dan amalan kau itu yang akan dihisab di hari akhirat, bukannya nama parti yang kau sokong.

Tapi kalau parti yang kau sokong hari ini mengajar kau jika tak sokong parti nescaya kau akan masuk neraka, dan kau pun percaya, maknanya kau bodoh.

Takut masuk neraka, ikut panduan Al-Quran dan Hadis bukan ikut parti politik.

5 comments

Tlg suruh pas beri pass kpd sisuami supaya dia boleh masuk syurga. Settle!

Isu paling susah nak komen.. ala2 pengikut global ikhwan@arqam... cakap apapon x masuk.. (geng gila tawasul abuya)... suami akak tu ada jawatan ker dalam parti.. kalau ada jawatan bermakna dia berwala'kan jawatan (dalam sistem negara islam mana ada lobi jawatan... sy omar r.a bukan timbalan khalifah abu bakr r.a.. sy ali k.w jugak bukan.. TAPI kalau suami puan tidak ada jawatan di peringkat kawasan sekurang2nya... maka (sorrytosay) bagitau dia bahawa dia sebodoh-bodoh manusia atas muka bumi sebab jadi pewala' sedang presiden & konco2 'pencuri balak'. Apa kata puan ambik baju2/vest2 dia yang warna hijau, lagi aula yg ada logo bulat... bagi sedekah dekat sape2.. kalau dia bekerja untuk agama dia akan syukur sebab dapat pahala sedekah... kalau dia marah maknanya dia belerja kerana parti, bukan kerana ALLAH... boleh..?

Kalau isteri pun dah gelar suami 'walaun' terhadap suami....

Bukan susah nak faham perangai perempuan macam ni....

Jelas lagi bersuluh.....
Laki tiada paksa isteri pun suruh sokong PAS....
Tugas bini nak masuk syurga cuma taatkan suami sudah....
Itu sahaja...
Ikut sahaja kata laki...
Bukan dia suruh panjat pokok pasang bendera PAS pun...

Kalau siapa kata sokong PAS tak dapat pahala memang biol la orang tu...

Kerana jelas dalam perlembagaan PAS Fasal 7 bahawa perjuangan PAS berlandaskan Al Quraan dan Sunnah.

Takkan niat sebaik itu tidak dapat pahala manakala niat UMNO sepertimana dalam perlembagaannya untuk Bangsa,Agama dan Negara dapat pahala pulak???

Takkan perlembagaan DAP,PAN atau PKR dapat pahala juga tapi tidak PAS???

Atau sokong parti politik ni tiada pahala atau dosa??
Itu mustahil sekali kerana setiap perbuatan pasti akan ditimbang dosa dan pahalanya!!

Banyak pahala memang ke syurgalah layaknya!!
Atau banyak pahala masuk neraka??

Anon 13.55 tumpang tanya.. berapa banyak pahala yg paling minima untuk layak masuk syurga allah...? Sy kenal ramai org yg taksub (xkira parti/individu/puak)... dan mereka2 ni ingat tuhan sayangkan mereka sebab rasa mereka lebih ber'agama' dari golongan lain sehingga menjauhkan diri mereka dari ehsan kpd sesama muslim dan menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan... kita sama2 ada akal untuk berfikir... sunnah dan quran bagi sesetengah manusia hanya untuk diniagakan... bukan untuk disyiarkan... sila bagi pendapat jujur dan bukan atas dasar ketaksuban... salam wth..

Akak masuk je Umno. Skrg ni walaun dan malaun sebantal walau mimpi lain². Selesai masalah akak kan.


EmoticonEmoticon