Undangan Istana kepada Tun Mahathir dibatal kerana tiada kerusi disediakan

SURAT membatalkan undangan terhadap Tun Mahathir untuk ke Istana Negara bagi menghadiri majlis istiadat melafaz dan menandatangani sumpah jawatan Yang Dipertuan Agong dan Timbalan tersebar di media sosial.


Surat bertarikh 5 Disember 2016, yang dikirimkan ke alamat Yayasan Kepimpinan Perdana itu memaklumkan bahawa tiada kerusi disediakan untuk bekas perdana menteri paling lama berkuasa Tun Mahathir, justeru bagi mengelakan beliau mendapat malu maka surat itu memaklumkan pembatalan undangan yang dihantar sebelum ini.

Tiada sebab lain yang dimaklumkan oleh surat yang ditandatangani oleh penyimpan mohor besar Raja-raja, Syed Danial itu. 

Tun Mahathir kini menjadi salah seorang pengkritik utama pentadbiran Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak berikutan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion yang dilaporkan di seluruh dunia serta dikaitkan dengan beliau dan anak tirinya.

Tun Mahathir sebelum ini juga mengetuai gerakan Deklarasi Rakyat — mengumpul lebih sejuta tandatangan rakyat Malaysia bagi mendesak campur tangan Yang Dipertuan Agong, bagi memaksa Najib Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Sejuta tandatangan itu dilaporkan telah dipersembah kepada Yang Dipertuan Agong, oleh Tun Mahathir sendiri, namun tidak diketahui apakah yang berlaku ketika dan selepas pertemuan itu.

Sampai sekarang kisah Deklarasi Rakyat nampaknya sudah senyap.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan