Faiz Subri berjaya 'selfie' dengan bintang bola sepak Cristiano Ronaldo

KEJAYAAN Faiz Subri mengambil gambar 'selfie' bersama bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo disifatkannya sebagai satu lagi mimpi yang menjadi kenyataan, selepas beliau mengharumkan nama negara dengan merangkul anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland.

Faiz turut mengirim gambarnya berswafoto (selfie) bersama Cristiano Ronaldo itu menerusi akaun twitter miliknya.


Sebelum ini, media tempatan ada melaporkan mengenai hasrat Faiz untuk swafoto (selfie) bersama Cristiano Ronaldo.

Faiz dalam salah satu tweet juga ada menyebut nama bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, @cristiano sambil menyatakan hasratnya untuk bertemu.


Jaringan ajaib pemain bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri, 30 mencipta sejarah unggul sekaligus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa selepas merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pagi tadi.

Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus untuk menewaskan pesaing terdekat Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang hanya memperoleh undian sebanyak 22.86 peratus, dan juga satu-satunya wakil wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela dengan undian sebanyak 10.01 peratus.

Jaringan itu dihasilkan oleh Faiz ketika membantu pasukannya menewaskan Pahang dengan kemenangan 4 — 1 dalam saingan Liga Super tahun lalu.

Anugerah berprestij tersebut disampaikan oleh Bintang Lagenda Bola Sepak Brazil, Ronaldo.


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan