Tuesday

Faiz Subri dedah apa yang dicari-cari dalam handphone sebelum berucap


JARINGAN ajaib hasil tendangan Mohd Faiz Subri yang menjadi perhatian dunia, menerima anugerah Puskas FIFA 2016 sekaligus dinobatkan sebagai jaringan paling hebat tahun 2016.


Namun ramai yang tertanya-tanya, apa sebab beliau terdiam lama sambil membelek telefon bimbitnya ketika diminta berucap selepas diumumkan sebagai pemenang pilihan pertama anugerah berprestij FIFA itu. Apa yang buatkan beliau tercari-cari?

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO


Ketika semua mata penonton yang berada dalam majlis anugerah tersebut tertumpu kepada Faiz untuk mendengar ucapannya, beliau hanya melontarkan senyum simpul, sekaligus perbuatannya itu mengundang gelak ketawa para tetamu yang hadir.

Malah seorang pengacara yang cuba mengawal suasana majlis sempat bertanya kepada Faiz jika dia memerlukan apa-apa bantuan.

"Do you need any help?" soal pengacara tersebut, namun Faiz hanya menundukkan kepala sebagai isyarat dia tidak perlukan bantuan.

Faiz terdiam agak lama, sambil semua mata tertumpu kepadanya yang masih mencari-cari sesuatu dalam handphone di tangannya, jarinya terus menguis-nguis. Sampaikan beliau sendiri menggeleng kepala menunjukkan rasa kesal terhadap apa yang berlaku.

Apa sebenarnya yang dicari-cari oleh Faiz?

Persoalan itu akhirnya dijawab sendiri oleh Faiz Subri. Melalui akaun twitter miliknya, Faiz mendakwa beliau dalam keadaan gementar ketika itu, mujurlah beliau berjaya menemukan teks ucapan yang dicarinya.

Faiz turut mengirimkan gambar teks ucapan tersebut.





 "I am so nervous, lucky I can find this on my cellphone, thank you everyone, Malaysia boleh, haria Penang, haria" (Saya sangat gementar, mujur saya jumpa ini dalam telefon saya, terima kasih semua, Malaysia boleh, haria Penang, haria" tulisnya.

Anugerah bertaraf dunia, memjadikan Faiz setaraf dengan pemain bola sepak terkenal dunia, tidak hairanlah beliau merasa gementar. Apa pun tahniah diucapkan kepada Faiz kerana telah mengharumkan nama Malaysia.

Berikut rakaman kejadian tersebut.


12 comments

Tahniah Mohd Faiz.cuma aku terkilan Faiz tak berucap guna Bahasa Malaysia
RONALDO yg Top player pun berucap bahasa Ibundanye.siapa lah Mangkuk yang suruh Faiz cakap Inggris.

Tahniah! Itu perkara biasa/normal. Namun apa pun kami tetap berbangga dengan kejayaan mu Faiz.

Tahniah.... sekurang-kurangnya dia mulakan ucapan dengan Assalamualaikum dan Alhamdulillah... bukan Good Evening bagai....

Alhamdulillah. Great. Syukur. http://datoksirkronik.blogspot.my/2017/01/faiz-subri-menang-anugerah-puskas-fifa.html

Syukur sb anak islam x lupakn memuji allah& ucapn salam bila dpt nikmat ...tahniah

cakap je lain kali, Thank for all supporters, habis citer.

Difahamkan masa kat sana tiada translator Melayu.. so dia twrpaksa jugak sediakan teks english

Translator utk Bahasa Melayu tak ada Mohd Faiz berucap dalam bahasa inggeris walaupun sebutan x brapa jelas tapi dia still mencuba yg terbaik apa pun Mohd Faiz Subri berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia . Tahniah untuk beliau sekali lagi !!!!!

Translator utk Bahasa Melayu tak ada Mohd Faiz berucap dalam bahasa inggeris walaupun sebutan x brapa jelas tapi dia still mencuba yg terbaik apa pun Mohd Faiz Subri berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia . Tahniah untuk beliau sekali lagi !!!!!

Perkara biasa la tu gemuruh kalau menang anugerah besar.. Apa pun, Tahniah!

Jom bersama Tone Excel untuk ubah taraf kewangan anda.

Kalau nak ubah income anda kepada 10 kali ganda daripada apa yang anda dapat sekarang, buatlah sesuatu yang mencabar diri anda.

Bukan buat benda yang sama aje.

Tepat sekali apa yang dikatakan:

If it doesn't challenge you, it doesn't change you.

Beranikan diri untuk berubah.

Mulakan dengan berubah kepada simkad yang boleh kayakan diri anda sendiri dulu.

Kalau tukar simkad pun tak berani, macam mana lautan api nak direnangi? :-D

Azam Ahmad
01132422070 (call/whatsapp)
sifuazam.com


EmoticonEmoticon