PEMENANG Puskas FIFA Award 2016, Mohd Faiz Subri sekali lagi melakukan tendangan lencong ketika mengambil sepakan percuma yang hampir-hampir menewaskan penjaga gol dalam perlawan Pulau Pinang menentang Perak di Stadium Batu Kawan baru-baru ini.
SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO
Tendangan itu secara tidak langsung menunjukkan beliau sememangnya berbakat menghasilkan tendangan yang disifatkan "melanggar hukum fizik" itu, sekali gus membuktikan tendangan ajaibnya sebelum ini yang memenangi anugerah bukanlah sekadar tendangan nasib.
Tendangan yang dilakukan Faiz kali ini saling tak tumpah gaya lencongannya seperti yang dilakukan sebelum ini, cuma bezanya ia gagal menumpaskan penjaga gol Perak.
Andai kata malam itu, penjaga gol Perak berjaya ditewaskan, aku yakin tendangan ini juga boleh dicalonkan sekali lagi dalam Puskas FIFA Award untuk 2017 dan tak mustahil Faiz sekali lagi akan mengharumkan nama Malaysia.
Pasukan Pulau Pinang bagaimanapun tewas 0 - 1 dalam perlawanan tersebut. Walaupun sepakan Faiz gagal menerjah gawang, rakaman video itu telah menjadi viral di laman sosial facebook.
Sumber video — Irfan Afiq
Memang cantik tendangan Faiz Subri tu, dia memang berbakat!
ReplyDeletephew, mmg cantik sepakan tu
ReplyDeletetu main apa ye
jauh semcam ni tak nampak pulak
mcm orang main sepakraga jer
Post a Comment