Hanya 24 jam lebih 1 juta tandatangan petisyen bantah Trump lawat Britain

DALAM masa tidak sampai 24 jam selepas ia dilancarkan, petisyen membantah lawatan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke United Kingdom berjaya mendapat lebih sejuta tandatangan daripada Rakyat Britain.

Malah ketika artikel ini ditulis, lebih 1.4 juta rakyat Britain sudah menandatangani petisyen atas talian tersebut.


Menurut petisyen itu, Donald Trump patut dibenarkan untuk masuk ke United Kingdom atas kapasitinya sebagai ketua kerajaan Amerika Syarikat, namun beliau tidak patut dijemput membuat lawatan rasmi ke negara itu kerana ia akan memalukan Permaisuri Britain.

"Donald Trump should be allowed to enter UK in his capacity as head of the US Government, but he should not be invited to make an official State Visit because it would cause embarrasment to Her Majesty the Queen." tulis petisyen tersebut.

Sebelum ini Donald Trump pernah membuat satu kenyataan yang disifatkan menghina keluarga diraja Britain dalam tahun 2012 melalui akaun twitter miliknya apabila mengeluarkan komen jelik tentang Kate Middleton, isteri kepada Putera Kerajaan Britain iaitu Prince William.

"Siapa yang tak mahu ambil gambar Kate dan buat banyak duit jika dia sedang bermandi cahaya matahari sambil berbogel. Come on Kate!" Tulis Donald Trump di akaun twitter miliknya.


Hanya rakyat Britain yang dibenarkan menandatangani petisyen atas talian tersebut. 

Dengan jumlah populasi Britain sekitar 65 juta orang, kejayaan mendapat 1 juta tandatangan atau 1 tandatangan daripada setiap 65 rakyat disifatkan sebagai kejayaan yang sangat luar biasa, tambahan pula ia diperolehi hanya dalam jangka masa tidak sampai 24 jam.

Mengikut undang-undang Britain, kerajaan mesti menjawab sebarang petisyen atas talian dengan jumlah 10,000 tandatangan, dan perlu mengadakan perbahasan terhadap sesuatu isu berbangkit jika ia mencapai 100,000 tandatangan rakyat.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan