Hospital Pakar Ampang Puteri didakwa tipu pakej bersalin

SEORANG lelaki yang merasa tertipu membuat laporan polis terhadap Hospital Pakar Ampang Puteri, yang didakwanya mengenakan bayaran 3 kali lebih mahal dari harga pakej bersalin yang dipilihnya.

Berdasarkan laporan polis yang tersebar di media sosial, beliau mendakwa telah mengambil pakej bersalin untuk isterinya yang berharga RM3,050.00 seperti yang ditawarkan oleh Hospital Pakar Ampang Puteri.


Bayaran itu dakwanya telah dibuat ketika pendaftaran selepas dia diminta berbuat demikian.

Isterinya dikatakan telah selamat bersalin pada 29 Disember 2016, jam 14:25 melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.40 kg. Pada waktu itu beliau mendakwa telah diminta untuk membuat pembayaran tambahan sebanyak RM1,000 lagi.

Memandangkan isteri masih berada dalam bilik bersalin, dia terus membuat pembayaran tersebut walaupun tidak tahu apakah tujuan pembayaran itu.

Namun ketika dibenarkan untuk keluar dari hospital, pada 30 Disember 2016, pihak hospital dakwanya mengarahkan beliau untuk pergi ke bahagian akaun bagi menjelaskan bayaran bil hospital. 

Beliau merasa terkejut apabila diminta menjelaskan bayaran lebih kurang RM10,000 sedangkan isterinya bersalin secara normal dan tiada sebarang pembedahan dilakukan ke atasnya.

Beliau menolak untuk membayar bil yang telah melonjak lebih 3 kali ganda daripada harga pakej bersalin yang ditawarkan oleh pihak hospital.

Ekoran keengganan untuk membayar bil tersebut, pihak hospital tidak mengeluarkan surat keterangan kelahiran anaknya, menyebabkan kelahiran anaknya tidak dapat didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara untuk memperolehi sijil kelahiran.

Selain itu, dakwanya lagi anak dan isterinya tidak diberikan sebarang ubat-ubatan ketika keluar daripada hospital. Hanya perkhidmatan kerusi roda untuk menghantar isteri dan anak ke kereta sahaja yang diberikan.


Beliau terpaksa membeli ubat-ubatan di farmasi memandangkan isterinya mengalami kesakitan selepas bersalin, selain itu anaknya yang mengalami demam kuning juga tidak dapat dibawa ke hospital kerajaan kerana tidak memiliki sijil kelahiran.



Apa pun, ini cerita dari sebelah pihak, laporan polis juga sudah dibuat oleh individu yang mendakwa ditipu. Selepas ini kita tunggu pula apa penjelasan pihak hospital.

10 Comments

  1. Nak ambil kesempatan terhadap wanita..

    Ada spa dan beuty di mid Valley lagi tipu kuat

    Tel pelanggan kata pakej percuma.. Ada yg datang dari Rawang bila sampai kena bayar utk produk .. Tanpa produk tak boleh cuci muka...

    Apa yang free tak perlu bayar apa apa???

    Dasar penipu tak kira melayu cina kpdnhep tak cukup pekerja nak ambil tindakan

    Haramjadah dua dua yg oenipu dan yg tak mampu abil tindakan

    Hidup lanun di malaysiaL

    ReplyDelete
  2. cukup la haji dan lebai menipu di alam melayu.
    hospital pong nak menipu jugak?
    mesti hospital yahudi tak pong dieppi

    ReplyDelete
  3. Mohon DatoPidi (9.42) siasat siapa pemilik sebenar hospital ampang puteri, mungkin dapat mengelak memfitnah "dieppi".

    ReplyDelete
  4. DiBelakang Hospital Ampang Putri ada Jin Kepala Tonchit duduk kat PutraJaya.boleh cover issue ni bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak tahu asal usul, jangan pandai pandai nak post. JANGAN CEPAT MELATAH YE. tapi tu la, mostly rakyat Malaysia nie semua cpt melatah. sikit2 viral. pastu maki hamun, bahasa pun tgk la. macam mana nak didik anak2 muda. pastu complain anak2 muda sekarang kurang ajar. tgk la mak bapak sndiri dkt social media mcm mana. shame on you people!

      Delete
  5. kalau tak tahu asal usul, jangan pandai pandai nak post. JANGAN CEPAT MELATAH YE. tapi tu la, mostly rakyat Malaysia nie semua cpt melatah. sikit2 viral. pastu maki hamun, bahasa pun tgk la. macam mana nak didik anak2 muda. pastu complain anak2 muda sekarang kurang ajar. tgk la mak bapak sndiri dkt social media mcm mana. shame on you people!

    ReplyDelete
  6. anak aku lahir sini... guna pakej sama.. takde over charge pun...servis pun bagus... berbaloi ngan harga

    ReplyDelete
  7. Saya pernah juga kena tipu macam ni di KPJ Ampang ni, anak saya bersalin normal tapi kena bayar extra lebih dua kali ganda. Tapi suami tak ambil apa-apa tindakan.

    ReplyDelete
  8. Mostly anak2 sy smua delivery di kpj ampang x pernah pun ada masalh dgn over charges.mesti ada sbb kenapa dorg charge byk.hurm x fhm skit2 nak viral.blom tentu apa yg di viral tu betul.

    ReplyDelete
  9. Saya pun ambk pacage jugak tbe2 klua bil 2x ganda... rase nak pengsan je tgk bil dh la sakit beranak tgk bil makin sakit.. service kurang plak too... sy baru lepas bersalin jalan kaki pergi nursery tgk anak.. 3x pggl nurse buat bodoh je terpkse berjaln sndr

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan