Wednesday

Jamal Jamban tunjuk kad pengenalan, kantoi ada 12 saman tertunggak



TINDAKAN Datuk Jamal Yunos, (Jamal Jamban) Ketua Umno Bahagian Sungai Besar menawarkan dirinya untuk menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, FAS semalam telah mendedahkan nombor kad pengenalannya kepada umum di internet.

Nombor kad pengenalan Jamal terdedah, ketika menunjukkan surat yang diserahkannya kepada FAS bagi menawarkan diri sebagai presiden baru persatuan bola sepak itu di depan kamera pihak media.


Semakan di laman web MyEG menggunakan nombor kad pengenalan milik Jamal Jamban mendapati terdapat 12 saman tertunggak sejak tiga tahun lalu, yang masih tidak dijelaskan oleh beliau sehingga ke hari ini berjumlah RM3150.


Sebelum ini juga telah didedahkan satu dokumen mahkamah setebal 25 muka surat yang mendapati syarikat milik Jamal Jamban, menggunakan nama Jamal Jaya Holding Sdn Bhd, didapati melakukan pengubahsuaian meter elektrik (curi elektrik).


Hal ini membuatkan orang ramai (netizen) di media sosial mempersoalkan janji Jamal Jamban untuk selesaikan masaalah gaji FAS dalam masa 14 hari jika dipilih menjadi Presiden.

Mana tidaknya, kalau saman tertunggak sejak 3 tahun lepas pun tak boleh bayar, syarikat miliknya pula kantoi curi elektrik, bagaimana Jamal nak selesaikan masaalah gaji tertunggak dalam FAS?

4 comments

Kalau nak jadi Presiden FAS, individu berkenaan mestilah memiliki integriti dan sikap yg baik yg boleh dijadikan sebagai teladan atau role model oleh pengurusan, pemain2 dan peminat2. Macam mana nak jadi Presiden FAS kalau kelayakan asas sebegini tidak dimiliki oleh Jamal Jamban. Kelakar betul...denda saman tak bayar2 ada hati nak jadi Presiden FAS. Macam mana nak bagi contoh baik kat org bawahan. Satu lagi bisnes ikan bakar pun tak terurus sampai satu per satu cawangan kena tutup (gulung tikar), ada keinginan nak jadi Presiden FAS pulak.

Tak pandai urus restoran ikan bakar sampai gulung tikar menunjukkan dia tak memiliki skill pengurusan (management skills) dan skill kepimpinan (leadership skill) yg amat diperlukan oleh seseorang presiden kelab bolasepak. Pengetahuan am tentang bolasepak ada ke takde saya pun tak tau. Menguruskan restoran ikan bakar amat berbeza dgn menguruskan kelab/pasukan bolasepak.

Entah2 skuad nama player Selangor pun dia terkial2 nak sebut. Berapa kali Selangor juara Piala Malaysia, kali terakhir Selangor julang Piala Malaysia. negeri mana paling byk menrangkul Piala Malaysia dan siapa coach Selangor sekarang dia tahu pun ke tidak. Conteng kat muka tak guna kalau si Jamal Jamban tak tahu nyanyi lagu keramat pasukan bolasepak merah kuning Selangor. Sepatutnya pihak media menanyakan soalan sebegini kpd Jamal Jamban dan kalau dia jawab betul bermakna dia layak memohon jawatan kerusi panas Presiden FAS. Kalau tak...sorrylah.

Nak jadi Presiden FAS tak boleh main2. Omputih cakap don't play the fool. Setakat conteng kat muka tak membuktikan apa2 pun yg dia layak pegang jawatan Presiden FAS. Gelihati aku tengok muka conteng dia kononnya dia ialah true Red Giant fan. Setakat jadi ketua baju merah bolehlah dia pegang, nak jadi Presiden FAS nak tergelak aku dibuatnya. Sudahlah Jamal Jamban, saya rasa first round tapisan pun dia tak lepas. Terus dirembat masuk tong sampah, gol yg dia tak nak saksikan. Huhuhu. Takpelah at least dia mencuba. Berikan tepukan gemuruh kpd dia.

SPM pun tak lulus, mana ada skil mengurus. Skill bodek @ mengampu @ gangster adalah. Lagi lingkup FAS.

Pak lawak umno....

Betul betul betul! Setuju sangat. Cuba lah wartawan cerdik sikit test dia, jamtu jugak bagi dia sedar diri.


EmoticonEmoticon