Jambatan Pulau Setelu Gua Musang rosak dirempuh sisa balak hanyut

JAMBATAN sementara Pulau Setelu di Gua Musang Kelantan, rosak lagi dalam kejadian banjir yang melanda negeri itu. Kerosakan kali ini dikatakan akibat struktur jambatan tersebut dilanggar oleh sisa balak hanyut yang dibawa oleh arus Sungai Nenggiri yang dilintasinya.


Berikutan kejadian itu, jambatan Pulau Setelu tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan kerana kerosakan bukan sahaja kepada struktur utama jambatan, malah turut menjejaskan kedua-dua struktur penghubung jambatan dengan daratan kerana hakisan tanah akibat rempuhan kuat sisa balak hanyut yang menghentam struktur utama jambatan.


Dua tahun lalu, Jambatan Pulau Setelu dilaporkan pernah dirempuh ratusan tan balak hanyut dibawa arus deras Sungai Nenggiri mengakibatkan struktur binaan bernilai puluhan juta ringgit itu runtuh.

Kejadian itu mengakibatkan Jalan Gua Musang ke Jeli terputus, menyebabkan penduduk terpaksa berulang alik menggunakan bot untuk mendapatkan bekalan makanan.

Sehingga kini sebahagian daripada struktur lama jambatan yang runtuh itu masih dapat dilihat.

2 Comments

  1. Apa pula Lobai Chai SU MB Kelantan nak lebong dan fitnah kali ini? Allah dah difitnah dengan alasan ujian dari Tuhan. Boleh cuba fitnah DAP tapi DAP tak membalak di Kelantan?

    ReplyDelete
  2. Tu la. Ahli pas mulut cabul. Kafirkan orang. Nak tanam orang di jirat cina. Buat masjid atas tanah orang... Allah murka bila yg mengaku ulamak buat macam2 benda tak betul. Banyakkan beristighfar dan bertaubat. Mohon ampun dosa kpd Allah dan jangan jual agama.

    Hentikan jual balak dan percayalah 40 mp yg dicita2kan itu tidak akan berjaya jika terus menunggang agama utk kuasa dan pojet isteri

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan